TerasMalaysia

Mayat kartel dadah ditimbuni senjata api ketika upacara pengebumian, penghormatan terakhir oleh rakan seperjuangan

Subscibe Untuk Isu-isu Viral Kemaskini Terkini Follow TERASMALAYSIA

Mayat kartel dadah ditimbuni senjata api ketika upacara pengebumian, penghormatan terakhir oleh rakan seperjuangan.

SEORANG ketua kartel dadah dikebumikan di bawah timbunan senjata dalam satu upacara pengebumian.

Manuel Julián Sevillano Bustamante, 39, didakwa merupakan ketua kumpulan dadah di Los Ríos, Ecuador.

Kumpulan itu dipercayai mempunyai kaitan dengan satu kartel yang lebih besar.

Sevillano ditembak mati pada waktu siang Rabu lalu ketika berada di tempat cuci kereta bersama anak perempuannya, 20, dan seorang pengawal peribadi.

Polis mengesahkan bahawa anak perempuannya juga meninggal dunia selepas dikejarkan ke hospital di Quevedo.

Pada Khamis, tular video yang menunjukkan jasad Sevillano dalam keranda yang terbuka.

Anehnya, mereka yang berkumpul di sekeliling keranda dilihat meletakkan senjata di dalamnya, dari pistol kecil hingga senapang besar.

Keluarga Sevillano dilaporkan enggan membenarkan polis yang tiba di lokasi kejadian untuk membawa jasad ke bilik mayat.

Polis kemudian menjalankan rondaan di seluruh wilayah Mocache di Los Ríos, kerana bimbang kematiannya akan mencetuskan tindakan balas yang lebih ganas.

Sebagai peringatan, meletakkan barang-barang dalam keranda merupakan kepercayaan dan budaya tertentu, maka umat Islam dilarang melakukannya.

SUMBER

BACA:
Doktor palsu kantoi masa nak sambung kontrak, hampir 2 tahun rawat pesakit dan tipu dokumen
Budak 6 tahun nekad lari rumah, dipukul, disepak bapa kandung dan ibu tiri sejak 6 bulan lalu
Kecoh satu pusat beli belah, pekerja asing kantoi sorok minyak masak paket untuk kepentingan diri sendiri

Leave a Comment