TerasMalaysia

’Melawak Sambil Ceramah’, UAI Ajar Wanita Macam Mana Nak ‘Wefie’

Subscibe Untuk Isu-isu Viral Kemaskini Terkini Follow TERASMALAYSIA

’Melawak Sambil Ceramah’, UAI Ajar Wanita Macam Mana Nak ‘Wefie’

Siapa yang tidak kenal dengan pendakwah bebas, Ustaz Azhar Idrus (UAI). Beliau terkenal dengan gaya penyampaian dan ceramahnya amat bersahaja, diselit dengan jawapan pekat dengan slanga Terengganu.

Baru-baru ini tular satu video beliau mencuri perhatian netizen apabila dilihat mengajar seorang wanita cara untuk bergambar atau ‘wefie’.

Menerusi perkongsian di TikTok @fatihmazwan, wanita tersebut mendekatinya untuk mengajak bergambar bersama ketika sedang berada di dalam sebuah kedai buku.

Di dalam video tersebut, UAI menyuruh wanita itu untuk menghalakan kamera telefon ke bahagian belakang yang dipercayai untuk mendapatkan posisi gambar yang baik.

“Tangan menghala ke belakang. Mana nak nampak. Hayun,” ujar UAI dengan pasrah.

Video berkenaan secara tidak langsung meraih perhatian netizen. Rata-rata netizen terhibur dengan reaksi UAI yang mengajar wanita itu cara untuk bergambar dengan cara yang betul.

Sumber

Kancil Buat Aksi “Fast & Furious” Undang Pelbagai Reaksi Netizen

Leave a Comment