TerasMalaysia

Memalukan! Anak tengking ibu dikhalayak ramai hanya kerana tidak tahu tentang toping aiskrim yang dipesan

Subscibe Untuk Isu-isu Viral Kemaskini Terkini Follow TERASMALAYSIA

Memalukan! Anak tengking ibu dikhalayak ramai hanya kerana tidak tahu tentang toping aiskrim yang dipesan. Sebagai seorang anak, adalah tanggungjawab kita untuk menjaga dan menghormati kedua ibu bapa kita

Merekalah yang telah membesarkan kita dan menjaga seperti menatang minyak yang penuh. Sudah tentu jasa mereka tidak dapat dibalas dengan apa pun.

Namun, hari ini telah banyak cerita kita dengar tentang warga emas yang ditinggalkan anak dan bermacam-macam lagi. Seolah-olah mereka ini seperti tiada nilai. Apa sebabnya?

Seperti video di TikTok ini apabila seorang pekerja kedai terkejut selepas melihat seorang pelanggan memarahi ibunya dengan perkataan kasar telah mendapat perhatian ramai.

Tengking ibu sebab tak tahu mana satu topping biscoff

Memalukan! Anak tengking ibu dikhalayak ramai hanya kerana tidak tahu tentang topping aiskrim yang dipesan

Menerusi video tersebut, wanita itu menceritakan kejadian apabila dia melihat seorang anak yang memanggil ibunya ‘bodoh’.

Sikap biadap anak itu berlaku kerana disebabkan si ibu tidak mengenali topping berperisa biscoff itu.

“Mak dia kurang faham. So sis terangkan lah yang biscoff ni rasa macam caramel sikit. Berlemak gitu”

“Tiba-tiba anak dia pun menyampuk cakap ‘mak ni bodohlah biscoff pun tak tahu’,” tulisnya.

@juitailyiana Fyi, anak dy tu dah lingkungan belasan tahun ya. Bukan budak hingusan lagi. #froyoluvyogurt #fyp #homemade ♬ Sedih – Instrumental – Asraf Studio

Situasi itu ternyata membuat wanita itu terkejut. Difahamkan juga, si ibu berkenaan terus keluar daripada kedai mungkin kerana merasa malu.

“Kalau saya jadi kakak budak tu. Waktu tu juga aku kasi penampar” – Netizen

Sementara itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut mengecam tindakan anak tersebut yang berlaku biadap terhadap ibunya.

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 238.4K views, 11.2K likes dan 341 comments di TikTok.

BACA:
”Tadi kata RM2?”- Pembeli berang dikenakan tambahan 50sen untuk satu bungkus nasi lemak
Wanita terkejut nampak perempuan merangkak dekat tangga rumah masa tengah seronok buat video Tiktok
Suami kantoi langgan pelacur, bekas isteri penyanyi popular nekad buka purdah selepas 5 tahun demi sara anak

Leave a Comment