“Memang betul kata orang, dalam rezeki kita ada rezeki orang, dalam kelam kabut aku tengah bungkus nasi lemak…”

Subscibe Untuk Isu-isu Viral Kemaskini Terkini Follow TERASMALAYSIA

“Memang betul kata orang, dalam rezeki kita ada rezeki orang, dalam kelam kabut aku tengah bungkus nasi lemak…”

Baru-baru ini, seorang wanita dikenali Zairina Yuszairi berkongsi di Facebook kisah berkaitan ‘miracle of sedekah’ yang dilihat depan matanya sendiri.

“Lima minit tadi aku singgah beli nasi lemak tepi jalan. Kakak yg jual tu lebih kurang sebaya aku.

“Aku pelanggan ketiga yang beratur. Depan aku ada seorang brother dan kakak tu tengah sediakan beberapa bungkus nasi lemak untuk customer paling depan.

“Sempat la aku dengar sembang kakak tu dengan pelanggan depan sekali seorang perempuan. ‘Lambat sikit hari ni sebab anak kecik meragam sebelum keluar berniaga,’ kata peniaga itu seperti dikongsi Zairina.

Perbualan antara peniaga dan pelanggan pertama itu membuatkan Zairina beranggapan wanita yang berniaga nasi lemak itu dalam usaha menjana pendapatan tambahan buat dia sekeluarga.

“Nampak dia kelam kabut maybe sebab orang dah start beratur buat dia nak cepat uruskan bungkus untuk customer first tu. Aku tengok dekat 7 bungkus gak tapi sebab kakak tu seorang yang buat semua so kena tunggulah.

“Mungkin juga dia tak nak kehilangan pelanggan buatkan dia kelam kabut. Kalau lama sangat orang beratur dan tunggu, orang akan pergi. Kalau betul ini yang aku jangkakan, kesian kakak tu,” luahnya.

Tambah Zairina, dek kerana terlalu kelam-kabut, peniaga berkenaan tanpa sengaja terlanggar bekas telur mata yang diletaknya di atas meja.

“Tiba-tiba, dia terlanggar bekas telur mata kerbau atas meja. Terbarai semua jatuh ke tanah.

“Aku tengok muka dia penuh dengan kesedihan. Modal tak dapat, customer nak ada telur mata dlm nasi lemak pun dah tak ada.

“Aku dan brother yang berdiri depan tolong dia kutip dan kemaskan. Kami biarkan dia selesaikan urusan dengan pembeli pertama,” kongsi Zairina.

Namun, menurut Zairina tanpa disangka-sangka lelaki yang beratur di depannya itu seorang yang pemurah.

“Masa nak bayar, aku nampak brother tu keluarkan wallet. Aku nampak banyak not RM10 dan RM5 tapi dia keluarkan not RM50. Nasi lemak brother tu dalam RM6 je.

“Cik takda duit kecik?”, tanya kakak tu. “Saya ada ni je kak”, balasnya sedangkan aku nampak duit dalam wallet dia.

“Saya takda duit kecik, esok atau bila-bila cik boleh datang bayar”, balas kakak tu pada brother tu. Tiba-tiba, brother tu amik bungkusan nasi lemak yg dia bungkus then kata, “Takpa kak, tak perlu baki. Saya silap tadi. Saya nampak bekas telur tu dah nak jatuh tp sy x tolong alihkan ke tengah sikit. Rezeki kak la balance tu ganti semula telur mata yg jatuh tu”, brother tu senyum dan berjalan ke kereta,” kongsi Zairina.

“Allah, banyak sgt ni cik. Terima kasih byk2 dan semoga rezeki cik melimpah”, kata kakak tu sambil mengesat air mata. Brother tu senyum sebelum dia blah dari situ.

3 pengajaran yg sgt baik bagi aku;

1. Masih ada melayu yg sayangkan bangsanya dalam erti dan bahasa yg sebenar. Akan ada saudara seagama yg prihatin dan berhati mulia mcm brother tu di sekeliling kita.

2. Besarnya kekuasaan Allah SWT. Jangan kau sangka rezeki yg terlepas dari tanganmu akan pergi begitu sahaja. Akan ada rezeki lain yg DIA gantikan tanpa kau sangka asalkan kau redho dengan setiap yg berlaku. Rezeki dan rahmat Allah luas.

3. Duit dalam poket kita bukan hak kita, tapi duit yg kau sedekahkah itu adalah milik kau sepenuhnya. Nak byk harta di akhirat, buatlah pelaburan di dunia dengan bersedekah dan berinfaq. Profit & return bukan 2 atau 3 digit tapi infiniti.

Sumber

Baca : Hanya kerana tak dapat sebatang rokok yang diminta, lelaki nekad bakar rumah pusaka milik keluarga

Leave a Comment