TerasMalaysia

Menakutkan, Tular Video Kawasan Tanah Runtuh

Subscibe Untuk Isu-isu Viral Kemaskini Terkini Follow TERASMALAYSIA

Menakutkan, Tular Video Kawasan Tanah Runtuh di Genting. Beginilah keadaan kawasan malapetaka yang telah meragut 2 nyawa. Kerja-kerja SAR masih diteruskan pihak berkuasa untuk menyelamatkan sebanyak yang mungkin.

Bahagian Korporat Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor menerusi kenyataan memaklumkan, maklumat itu dikemas kini pihaknya setakat 7 pagi tadi.

Menakutkan, Tular Video Kawasan Tanah Runtuh

Menurutnya, seramai 79 orang mangsa yang berada di tapak perkhemahan itu terbabit dengan kejadian runtuhan terbabit.

Kejadian turut menyebabkan 3 orang cedera.

“Sementara itu, 23 mangsa ditemukan selamat dan 51 lagi masih belum ditemukan,” katanya di sini, hari ini.

Menurut kenyataan itu, operasi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa giat dilakukan.

“Pihak bomba juga dibantu pelbagai agensi.

“Maklumat dari semasa ke semasa akan dikemas kini sehingga operasi selesai,” katanya.

Terdahulu, Pengarah JBPM Selangor, Datuk Norazam Khamis dilaporkan berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian jam 2.24 pagi.

Akibat Tanah Runtuh, Tapak Perkhemahan Menjadi Huru Hara

https://www.tiktok.com/@sampoisgt

Leave a Comment