Mengadu demam lepas balik sekolah, ibu panik anak tiba-tiba menjerit, batuk berbuih lepas bagi makan ubat tamat tempoh

Subscibe Untuk Isu-isu Viral Kemaskini Terkini Follow TERASMALAYSIA

Mengadu demam lepas balik sekolah, ibu panik anak tiba-tiba menjerit, batuk berbuih lepas bagi makan ubat tamat tempoh.

PERKONGSIAN seorang wanita tentang anaknya yang berada dalam keadaan separa kritikal selepas makan ubat demam membuatkan netizen berasa cemas.

Mana tidaknya, tubuh budak-budak berkenaan dikatakan memberi tindak balas negatif selepas dia mengambil ubat yang sudah tamat tempoh.

Menurut ibu, situasi cemas itu bermula selepas anaknya pulang dari sekolah dan mengadu mengalami demam.

“Saya suruh dia makan ubat paracetamol… dia ni jenis susah makan ubat.

“Jadi apabila nak makan ubat tu… dia punya belakon tak mahu makan ubat, jangan cakaplah. Memang stres, tapi dia makan juga apabila dipaksa,” luahnya menerusi TikTok.

Namun lepas dia makan ubat tersebut, anaknya mengadu pula diserang sakit dada dan ingin muntah.

Malah anaknya turut menjerit kerana mendakwa seluruh badannya terasa gatal.

Bagaimanapun si ibu seperti tidak mengendahkan simptom yang ditunjukkan kerana menyangka anak perempuannya itu saja-saja berkelakuan begitu bagi mendapatkan perhatian.

“Saya ingat dia overreacted and just nak perhatian, jadi saya ignore.

“Kemudian dia jerit pula, mulut sakit. Apabila saya tengok, mulut dia dah bengkak… muka penuh ruam.

“Dia lembik, tak larat dan terus tumbang. Saya angkat dia ke katil dan terus muntah… banyak,” ujarnya.

Lebih mengejutkan apabila mulut anaknya mula berbuih-buih.

Lepas baca ni, aku pergi buang ubat yang dah berbulan-bulan simpan dalam peti ais.

“Lepas tu dia batuk dan keluar buih penuh kat mulut. Saya panggil dia, tepuk-tepuk muka dia… tapi dia tak sedar, pengsan.

“Nasib masa tu suami baru balik. Terus dukung bawa ke bahagian kecemasan hospital,” tambahnya.

Dalam pada itu, wanita ini turut menzahirkan syukur kerana jirannya yang merupakan pembantu pegawai perubatan membantu memudahkan urusan.

Malah katanya, setiba di hospital, doktor menyatakan tahap oksigen telah turun.

“Tak dapat bayangkan kalau kami lambat ke hospital. Selepas kakak sedar, terus minta maaf sebab tak percaya dia sakit masa tu.

“Kakak warded satu malam dan sembuh macam biasa. Terima kasih Hospital Batu Gajah,” luahnya yang tinggal di Ipoh, Perak.

Susulan insiden yang dialami, dia mula membuang ubat-ubat yang tamat tempoh.

Menjengah ke ruangan komen, warga maya meluahkan kebimbangan kerana mengakui mereka juga tidak memberi perhatian tentang risiko mengambil ubat-ubatan yang tamat tempoh.

“Lepas baca ni, aku pergi buang ubat yang dah berbulan simpan dalam peti ais.

“Stok ubat dalam peti ais kena rajin tengok at least three to six months dan apabila nak bagi anak makan pun semak semula tentang tarikh tamat.

“Disebabkan itulah saya akan buang ubat yang dibuka selepas dua minggu. Takut kalau anak-anak makan ubat yang dah tamat tempoh ni… bahaya,” ujar beberapa netizen lagi.

Tidak kurang juga yang meminta supaya dia membuat ujian ke atas anak perempuannya kerana mendapati simptom yang ditunjukkan lebih kepada masalah alergik.

BACA:
“Suami yang jaga segala kebajikan, sambut setiap hari lahir, bercuti sana sini, rupanya syaitan yang bertopengkan manusia dibelakang aku”
Hanya kerana mengucapkan ‘assalamualaikum’ dekat sekumpulan pekerja, wanita ditahan pihak polis
Penggali kubur terkejut masa buat pemindahan seorang jenazah guru mengaji, masih utuh dan berbau harum

Leave a Comment