TerasMalaysia

Mengaku masih bujang, lelaki ‘kantoi’ gambar isteri lepas ajak bekas kekasih berkahwin

Subscibe Untuk Isu-isu Viral Kemaskini Terkini Follow TERASMALAYSIA

Mengaku masih bujang, lelaki ‘kantoi’ gambar isteri lepas ajak bekas kekasih berkahwin. Baru-baru ini, seorang wanita berkongsi perbualan di WhatsApp bersama bekas teman lelakinya yang selamba mengajaknya ‘get back’ dan berkahwin sedangkan pada ketika itu, lelaki tersebut sudah pun bergelar suami orang.

Ajak bekas teman wanita kahwin

Mengaku masih bujang, lelaki 'kantoi' gambar isteri lepas ajak bekas kekasih berkahwin

Menerusi perbualan tersebut, si lelaki bertanya kepada Mira tentang teman lelaki baharunya namun Mira menjawab dia tiada kekasih. Sebaik sahaja mengetahui perkara itu, lelaki tersebut selamba mengajak Mira kembali ke pangkuannya. Malah dia juga mengajak wanita itu datang berjumpanya di Kuantan untuk membincangkan mengenai hubungan dan perkahwinan mereka.

Mira yang masih ragu dengan ajakan tersebut kemudian sekali lagi bertanya kepada bekas teman lelakinya adakah benar dia mahu memperisterikan dirinya. Lelaki itu seterusnya memberi respon seakan dia sudah nekad dengan keputusan tersebut.

Namun siapa sangka, seminggu kemudian, segala-galanya terbongkar apabila Mira menerima satu gambar pasangan pengantin dan lebih mengejutkan apabila lelaki dalam gambar tersebut adalah bekas teman lelakinya. Menurut Mira, dia langsung tidak tahu bahawa bekas teman lelakinya itu sudah berkahwin kerana cara lelaki tersebut mengajaknya berjumpa dan mahu membincangkan hal hubungan mereka seolah-olah dirinya masih bujang.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa geram dengan sikap lelaki tersebut yang mengaku bujang sedangkan sudah berkahwin. Mereka berharap para lelaki di luar sana supaya tidak berlaku curang sebaliknya lebih menghargai dan menyayangi isteri.

BACA:

Selama berabad lamanya, akhirnya Ahli Sejarah menemukan lokasi jambatan dalam gambar Mona Lisa

Pelik dengan rasa makanan yang dipesan melalui aplikasi, lelaki ini tak senang duduk lepas tahu perkara sebenar

Gara-gara suami jalan hukum dalam penjara, wanita ini sanggup buat ‘bersama’ dengan anak lelakinya

Leave a Comment