Menggunakan cat dan batu berwarna merah jambu, sepasang suami isteri hias kubur anak bertemakan ‘Hello Kitty’

Menggunakan cat dan batu berwarna merah jambu, sepasang suami isteri hias kubur anak bertemakan ‘Hello Kitty’. Anak merupakan satu anugerah yang terindah dalam sesebuah rumah tangga. Pemergian seorang anak pastinya sesuatu yang sukar untuk diterima buat mereka yang bergelar ibu bapa.

Begitulah kisah sepasang suami isteri di Sumatera Barat, Indonesia yang cuba menerima takdir dengan menghiasi pusara anaknya.

Menerusi perkongsian di TikTok, dilihat sepasang suami isteri mengecat kubur anak mereka, Akel, dengan warna merah jambu dan batu bercorak ‘Hello Kitty’ diletakkan di atasnya.

Difahamkan, video itu dimuat naik pada 17 April lalu ketika majlis pengebumian Akel.

Menggunakan cat dan batu berwarna merah jambu sepasang suami isteri hias kubur anak bertemakan Hello Kitty

Sebahagian besar orang mula sibuk membeli atau mempersiapkan baju hari raya untuk anaknya. Ibu hanya boleh menghiasi kubur anak gadis ibu kerana ibu yakin baju Akel di syurga lebih indah dari segalanya di dunia.

Dalam pada itu, pasangan tersebut mendoakan agar anaknya, Akel hidup bahagia di syurga.

@helsaseftini Baju lebaran akel disurga lebih indah dari segalanya #CapCut #anaksurga #anaksurgayangslaludirindukan #anaksurgaku❤️ ♬ original sound – Inspirasikristen2997

BACA:

Ini cara yang senang nak baiki tv rosak berjalur, rupanya guna salotape je, jimat tenaga dan duit

Nampak macam aiskrim biasa, tak sangka harga satu hidangan untuk ‘dessert’ ini berharga RM29,000

”Macam mana dia nak makan?”, lelaki ini kunci kepala dalam sangkar semata-mata nak berhenti merokok

Leave a Comment