TerasMalaysia

Menyeramkan! Tiktok Jadi Lubuk Minyak Pengasih

Subscibe Untuk Isu-isu Viral Kemaskini Terkini Follow TERASMALAYSIA

Menyeramkan! Tiktok Jadi Lubuk Minyak Pengasih

Aplikasi TikTok bukanlah sekadar hiburan pada masa kini, ia juga digunakan sebagai tempat membeli-belah secara atas talian.

Pelbagai barang dijual di dalam aplikasi berkenaan seperti baju, kasut, tudung perkakas dapur, pakaian, alat solek dan sebagainya.

Dalam pada menjual barangan keperluan, satu ‘barang’ ini telah mengerunkan ramai pengguna kerana dikatakan terdapat barang mistik dijual dalam platform tersebut.

Melalui perkongsiaan seorang pengguna di Twitter, terdapat peniaga yang menjual minyak pengasih dan mengiklankannya secara online.

Perniagaan tersebut mendapat sambutan daripada kalangan pembeli hingga ada yang memuji bahawa barang berkenaan sangat bagus.

Perkongsiaan ciapan tersebut telah meraih lebih 3000 retweet dan ramai juga yang meninggalkan komen berasa gerun melihat barang sedemikian terjual bebas di platform media sosial.

Xavier, Komen Lawaknya Terkenal 1 Dunia

Sumber

 

Leave a Comment