Mercu tanda bersejarah dikhianati, tular video pengantin dan tetamu asyik berjoget ikut alunan lagu dalam kawasan masjid
Majlis perkahwinan merupakan hari bahagia paling dinanti-nantikan oleh pasangan setiap orang yang ingin membina sebuah keluarga.
Oleh yang demikian sudah tentu akan ada segelintir yang sanggup mengeluarkan modal yang banyak agar hari bahagianya kelihatan begitu gah dimata para tetamu.
Tidak hanya itu, ada juga yang sanggup menampilkan kelainan di hari pernikahannya agar momen tersebut akan diingati olehnya dan juga tetamu yang ada.
Begitulah yang dilakukan oleh pasangan pengantin ini apabila majlis perkahwinan mereka menjadi buah mulut orang ramai gara-gara majlis dilihat diiringi tarian.
Di Kaherah, satu majlis perkahwinan yang diadakan secara gilang-gemilang serta lengkap dengan acara tarian dan nyanyian menerima kecaman hebat daripada netizen. Mana taknya, majlis tersebut diadakan di dalam kawasan Masjid Mohammad Ali.
Klip video tersebut dipercayai dirakam di masjid yang terletak di dalam Istana Salah Al Deen itu. Rakaman itu memaparkan hadirin sedang menari mengikut alunan DJ, dengan beberapa wanita tampil tanpa bertudung, seolah-olah tidak menghiraukan kesucian agama Islam dan masjid berkenaan.
Ujar netizen, tindakan sedemikian tidak wajar dilakukan di dalam masjid kerana ianya tempat ibadat yang patut dihormati. Berikutan daripada itu juga, netizen menggesa tindakan undang-undang wajar diambil terhadap penganjur majlis tersebut. Setakat ini, tiada sebarang kenyataan rasmi berhubung kejadian itu dilaporkan.
Sekadar info, Masjid Mohammad Ali merupakan salah satu mercu tanda bersejarah bagi industri pelancongan di Mesir. Reka bentuknya mencerminkan keindahan Masjid Sultan Ahmed di Istanbul yang dibina pada 1616.

Ia juga mempunyai persamaan dengan Masjid Khalid bin Al Walid di Homs, Syria, terutamanya dalam keseluruhan struktur, kubah dan menaranya.