Meremang bulu roma tengok, wanita dapat duit kertas tertulis ayat-ayat mantera diatasnya

Subscibe Untuk Isu-isu Viral Kemaskini Terkini Follow TERASMALAYSIA

Meremang bulu roma tengok, wanita dapat duit kertas tertulis ayat-ayat mantera diatasnya

Kecoh di media sosial apabila seorang individu mendedahkan penemuan sekeping wang kertas bernilai RM10, yang dipercayai dijadikan ‘ibu duit’ digunakan seseorang untuk membeli makanan.

Walaupun ia adalah amalan kurafat, masih ramai yang mempercayainya malah sanggup ‘menconteng’ wang dengan mentera tertentu yang diterima daripada pelanggan pertama semasa awal perniagaan kononnya sebagai ‘magnet rezeki’.

Pun begitu, baru-baru ini tular video di TikTok

tentang penemuan sekeping wang kertas bernilai RM10 dipercayai dijadikan ibu duit digunakan seseorang untuk membeli makanan.

Seperti perkongsian seorang wanita bernama Zulaika yang bekerja sebagai penghantar makanan, wang kertas berkenaan dipenuhi tulisan tangan menggunakan pen berdakwat biru. Ia ditulis dengan perkataan berikut:

“21.3.2001, pukul 13.23. Saya Sarifah Aloyah Hassan hari ini memberikan komitmen saya untuk menguruskan kamu dengan baik dan saya berjanji akan menggunakan kamu dan kawan-kawan kamu.

“Untuk kebahagiaan saya, kesihatan saya, kekayaan saya, kejayaan dan untuk mendapatkan keberkatan dengan membantu orang lain yang memerlukannya.

“Dengan ini saya mengarahkan kamu untuk memanggil kawan-kawan kamu datang kepada saya Sarifah Aloyah Binti Hassan,” demikian coretan pada wang berkenaan.

Menurut Zulaika, dia menerima wang berkenaan daripada seorang pelanggan yang membuat bayaran secara tunai semasa penghantaran (COD).

“Duit diletakkan dalam sampul. Kita buka sampul kira dari atas macam tu saja.

“Hujung-hujung selepas selesai kerja, baru keluarkan… barulah nampak,” luahnya.

Perkongsiannya Zulaika mengundang pelbagai reaksi warga maya yang rata-rata seperti mengetahui maksud di sebalik wang dipenuhi tulisan berkenaan.

“Ibu duit macam menjemput rezeki. Mungkin duit terakhir orang tu.

“Orang tu pun satu hal, ada ibu duit tapi duit tak ada… macam mana nak ada duit.

“Ada nama dengan dia suruh duit panggil kawan-kawan dia. Ibu duit ni,” ujar beberapa warga maya.

Dalam pada itu, ada juga netizen yang menyatakan bahawa ‘mantera’ yang tertulis itu boleh menyebabkan orang lain terkena sihir.

“Senang saja, kalau was-was… bakar. Kalau takut nak bakar sendiri, cari ustaz,” luah beberapa pengguna media sosail lagi.

Untuk makluman, umat Islam dilarang menggunakan barangan fizikal untuk menarik pelanggan, seperti beras, syiling, garam, dan sebagainya.

Sumber

Baca : Jepun selidik 126 mayat lelaki, saiz zakar boleh diketahui dengan hanya melihat bentuk hidung

Leave a Comment