
”Mimpi ni muncul bila aku selalu bergaduh dengan suami, rasa macam tak nak bangun kalau mimpi tu datang, indah!”
14 tahun lalu, aku pernah bercinta dengan seorang lelaki ketika umur baru 15 tahun. Kamil namanya. Umur kami sama. Yang aku kononnya ketika itu cinta gila dan mati dengannya.
Ketika itu, aku dalam depresion yang teramat kerana dibuli kawan2 satu sekolahku. Yang tu aku pun tak tahu nak cerita dari mana dan macam mana. Masa tu aku dibuli mental sangat teruk oleh mereka.
Tiba2 si Kamil ni pula nak putus. Itu pun dia menyuruh kawan perempuannya yang menyampaikan pada aku.
Aku jadi tambah stress. Masa tu belum ada whatsapp. Aku hari-hari stress call dan sms dia, tanya sebab kenapa dia nak putuskan aku. Akhirnya dia beritahu sebabnya.
Kononnya sebab ada kawan-kawan ku yang beritahu dia aku dah tak suci lagi. Tapi sebenarnya aku dapat agak yang dia dah bercinta dengan kawan sekelasnya sendiri. Hahaha dan ternyata betul.
Malu nak cerita cinta zaman dulu. Meluat. Sebab aku dah berkahwin sekarang dan mempunyai 2 cahaya mata yang comel.
Selepas putus, aku masih lagi bercontact dengannya. Kadang berjumpa juga.
Umur 17 tahun aku dah kenal suami. Start
Aku sempat bagitau dia aku masih sedih dengan apa yang pernah jadi. Tak silap masa tu lepas 5-6 tahun.
Aku tak pandai nak susun cerita. Sebab kepala aku sangat serabut. Tapi aku nak meluah. Kenapa kenapa kenapaaaa.
Masalahnya disini adalah, walaupun tu kejadian 14 tahun lalu, sampai hari ini aku berumur 29 tahun, aku hampir selalu mimpikan dia.
Kadang dalam mimpi tu, dia sangat2 bahagia kan aku. Kadang aku jadi tak sabar nak tidur sebab nak jumpa dia dalam mimpi tu.

Bila suamiku buat salah atau tak layan atau pujuk aku, aku mesti teringatkan dia yang pernah melayanku dengan baik waktu remaja.
Aku tahu aku salah. Aku berdosa dengan suamiku. Aku benci sebenarnya kenapa sampai 14 tahun pun aku masih teringatkan dia sedangkan itu cuma cinta monyet. Walaupun begitu, aku dah tak pernah contact dia. Walaupun dia masih single dan masih dengan gf dia tu.
Mungkin kah aku tak dapat lupakan apa yang dia buat dekat aku bertahun-tahun dulu disaat aku tengah down dengan kawan-kawan yang membuliku, dia lagi hancurkan perasaan ku.
Sebenarnya lepas putus dengan dia ada beberapa lagi lelaki yang pernah jadi kekasih hati ku. Tapi tetap tak dapat lupakan dia.
Entahla korang, aku minta tolong doakan hidup aku aman tenang dan damai. Aku tengah gaduh dengan husband. Aku rasa nak tidur 24 jam.
Aku tak pandai nak bercerita tapi aku nak luah. Tolong jangan kecam. Aku tak tahan kecaman. Tapi tolong sedarkan aku dengan ayat yang baik2. Aku nak lupakan dia selamanya. Sebab aku dah bersuami.
Ya saya tak tahan kecaman. Berdebar debar saya tunggu confession
Ya saya rasa saya sedang trauma. Terlalu selalu saya mengulang cerita dekat suami macam mana saya diperlakukan oleh kawan kawan 14 tahun lalu. Dan mesti diakhiri dengan drama sedih dan saya menangis. Suami dengar.
14 tahun dah, jauh didalam hati saya ni masih sedih ada kejadian macam tu berlaku dalam hidup saya.
Disaat semua (kawan2) menghentam emosi dan mental saya si Kamil tu pun tinggalkan saya. Saya pun tak ingat sebenarnya dia dah pernah mintak maaf atau belum dekat saya ni.
Pasal mimpi tu, mimpi tu selalu datang kalau saya bergaduh dengan suami. Cuma saya pernah rasa mimpi ni menyeronokkan. Rasa nak tidur je. Tapi janganlah suruh kkm tidurkan saya. Hahaha, apatah lagi kalau baru je lepas bergaduh dengan suami. Bagi lah ayat yang baik-baik insyaAllah saya terima dengan lapang dada.
Saya luah apa yang saya rasa. InsyaAllah saya takkan duakan suami. Saya sayangkan suami saya. Saya cuma nak luah kesedihan ni. Untuk contact si Kamil tu semula memang tak. Saya tak rasa pun masih nakkan dia. Cuma bila dah selalu suami biarkan saya tanpa pujukan saya tertanya2, kenapa suami tak boleh pujuk saya macam si Kamil tu pujuk saya.
Atau sebenarnya saya cuma perlu fikir “kenapa suami tak boleh pujuk?? kenapa biarkan saya macam ni???” Saya cuma harapkan pujukan dan harap suami dapat tenangkan saya yang cepat tertekan, gelisah ni. Saya ada anxiety. Tapi rasanya tak teruk. Malas nak fikir. Saya takut sebenarnya saya je yang melebih lebih layan perasaan anxiety ni.
Mungkin dah selalu jadi gila, so suami pun penat nak pujuk kan. Ntahlah. Penat jadi saya. Sampai sini saya dah rasa nak delete semua yang saya dah taip ni. Malas dah nak fikir. Tapi macam sayang pula. Bukannya ada yang tau saya ni siapa kan? hahaha. Saya tengah hiburkan diri sendiri.
Pasal gangguan tu, saya ada rasa juga. Kalau lebam betis peha, cakaran perut lengan tu ada. Cuma sekarang dah berkurang atau lebih tepat, jarang. Mimpi bersetubuh dengan entah siapa pun selalu sangat.
Tapi macam saya bagitau sekarang dah jarang. Tapi kalau untuk fikir si Kamil sihir ke apa rasanya tak lah. Saya yakin dia bukan sukakan saya pun. Kalau saya jadi dia buang waktu nak sihirkkan saya.
Oh ya, hubungan suami isteri pun sebelum ni memang susah nak jadi. Kecuali saya paksakan diri. Dari hari pertama nikah rasanya saya takde nafsu nak bersama suami. Saya pun tak pasti sebab sihir/ jin/ atau tekanan stress.