TerasMalaysia

Mufti dah mula berbincang nak buat kubur bertingkat di Malaysia, 2 negeri dah buat dah

Subscibe Untuk Isu-isu Viral Kemaskini Terkini Follow TERASMALAYSIA

Mufti dah mula berbincang nak buat kubur bertingkat di Malaysia, 2 negeri dah buat dah

Isu kepadatan tanah perkuburan Islam mula menjadi perbincangan masyarakat sejak kebelakangan ini susulan peningkatan kes kematian akibat pandemik COVID-19.

Sehubungan itu, pihak berkuasa agama negeri mula memberi perhatian isu ini terutama untuk menilai tahap kesiapsiagaan kecukupan tanah kubur serta mengenal pasti kaedah pengurusan pengebumian yang lebih cekap.

Bagi menangani masalah yang bakal timbul di kemudian hari, banyak pihak mula memandang akan keperluan membina kubur bertingkat di tanah wakaf perkuburan Islam.

Antara negeri yang telah mula mengamalkan sistem kubur bertingkat ini adalah seperti di daerah Kerian, Perak di mana sistem ini telah lama diamalkan bagi sesetengah kawasan yang berhampiran paya bakau yang mana tanahnya sering berair.

Terdapat juga isu perbuatan segelintir masyarakat yang membuat binaan besar termasuk tempat duduk simen sekitar kubur waris mereka sehingga ada kalanya memasuki kawasan petak kubur bersebelahan. Ini juga antara sebab kawasan perkuburan menjadi padat.

Pelaksanaan kubur bertingkat juga dijalankan di Masjid Al Jamiul Badawi, Pulau Pinang di mana kariah masjid tersebut sudah menjalankan sistem ini pada tahun 2002 lagi akibat kepadatan tanah.

Tanah perkuburan di masjid berkenaan dianggarkan berusia lebih 100 tahun semakin padat sehingga pada suatu ketika tidak ada lagi ruang untuk pengebumian jenazah baharu.

Maka, sistem kubur bertingkat ini dilaksanakan melalui kutipan zakat dan sumbangan kerajaan negeri, dan dikatakan tanah perkuburan terbabit mampu bertahan sehingga 70 tahun.

Kaedah sistem kubur bertingkat

Kaedah kubur bertingkat itu adalah yang mana kubur lama ditambak dengan tanah sedalam lebih satu meter dan di atasnya ada jenazah baharu yang akan disemadikan.

Jadi ia tidak mengganggu kubur lama bahkan lebih kemas dan tersusun, sekali gus memudahkan waris melawat.

Fatwa Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan

Menurut fatwa Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan tahun 2018, pelaksaan kubur bertingkat adalah harus dan dibolehkan berdasarkan komposisi keadaan kawasan sekitar serta keluasan tanah perkuburan tersebut.

Bagi kawasan kampung yang mempunyai tanah yang luas, maka pembinaan kubur bertingkat dilihat tidak perlu, namun sistem bagi memastikan kepadatan tanah perkuburan terkawal adalah perlu bagi menjamin tanah perkuburan dapat digunakan semaksimum mungkin.

Bagi kawasan bandar yang padat dan punyai tanah perkuburan yang terhad, maka sistem kubur bertingkat ini menjadi solusi yang memudahkan banyak pihak.

Sumber

Baca : Asalnya suruh tempah bilik hotel, hilang 5 angka sebab kena scam

Leave a Comment