TerasMalaysia

Muka cantik iras-iras bapa, Malique tunjuk muka anak perempuan dalam muzik video Sedih Hati yang terbaru

Subscibe Untuk Isu-isu Viral Kemaskini Terkini Follow TERASMALAYSIA

Muka cantik iras-iras bapa, Malique tunjuk muka anak perempuan dalam muzik video Sedih Hati yang terbaru. Baru-baru ini, dunia hiburan telah ‘digemparkan’ dengan pelancaran lagu sedih hati hasil daripada gabungan suara nyanyian Allahyarham Mona Fandey dan Malique.

Lagu tersebut telah menjadi bualan ramai sehinggakan ada yang mendakwa meremang sebaik mendengar lagu tersebut.

Selepas pelancaran lagu tersebut, Malique sekali lagi memberi kejutan kepada para peminatnya dengan menampilkan anak daranya bernama Inca Medina dalam muzik video terbaru lagu terbabit versi akustik.

Dalam muzik video tersebut, dapat dilihat terdapat beberapa pemuzik sedang memainkan alat-alat muzik mereka sambil diiringi dengan kelibat seorang gadis bertopeng sedang menggesakkan biolanya.

Di akhir video tersebut, gadis itu akhirnya menanggalkan topeng yang dipakainya.

Muka cantik iras-iras bapa, Malique tunjuk muka anak perempuan dalam muzik video Sedih Hati yang terbaru

Ramai penonton yang menonton muzik video tersebut meluahkan rasa teruja sebaik melihat kejelitaan Inca.

Malahan, ada juga yang turut menyifatkan bahawa gadis itu mempunyai wajah yang sangat mirip dengan Malique.

Muzik video tersebut nyata mendapat sambutan yang amat memberangsangkan.

Sehingga artikel ini ditulis, muzik video tersebut telah mendapat lebih 35 ribu tontonan dan lebih 3 ribu tanda suka.

BACA:
“Inilah pengalaman yang terjadi kepada diri aku dan keluarga bila aku balik ke kampung lalu Terowong Menora”
“Aku rasa disisih dan terhina bila duduk dengan kakak, alangkah terkejutnya aku bila aku tahu kakak itu sebenarnya ibu aku”
Alang’s Rawa ambil tindakan undang-undang terhadap Norreen dan Iman, berang sebab nama baik dan reputasi musnah

Leave a Comment