”Muka cantik tapi pengotor”- Pemilik terkejut tengok keadaan rumah, penuh dengan sampah dan ulat. Seorang pemilik kondominium mewah terkejut mendapati sebuah biliknya yang disewakan kepada seorang wanita muda dan cantik dipenuhi sampah sarap serta ulat berenga.
Thaiger melaporkan, wanita muda itu menyewa bilik tersebut selama empat bulan. Penyewa berkata, dia tidak dapat membersihkan bilik tersebut kerana menjalani pembedahan membesarkan payudara.
Kelmarin pemilik kondominium mewah itu menyatakan di laman Facebook bahawa dia menandatangani kontrak selama setahun untuk menyewakan bilik tersebut kepada seorang wanita muda dengan sewa 10,000 baht (RM1,319) sebulan.
Sepanjang tahun lalu, wanita itu membayar sewanya seperti yang dipersetujui, namun dalam tempoh antara Februari hingga April lalu, dia gagal berbuat demikian.
Pemilik kondominium kemudian menghubungi penyewa dan meminta dia menjelaskan tunggakan sewa atau mengosongkan premis tersebut. Wanita itu bersetuju menjelaskan hutangnya secara ansuran
Bagaimanapun, penyewa muda itu sekali lagi hilang dan tuan rumah tidak dapat menghubunginya. Dia kemudian memutuskan untuk memeriksa bilik itu tetapi mendapati ia dalam keadaan ‘mengerikan’.
Daripada bilik yang dahulunya diselenggara dengan baik, ia kini dipenuhi sampah dengan tuala wanita terpakai dan sisa makanan bersepah, manakala peti sejuk pula dipenuhi barang busuk serta ulat berenga.