TerasMalaysia

Muka seakan Mona Fendi muncul dalam gambar swafoto tiga rakan ini, ramai yang meremang tengok

Muka seakan Mona Fendi muncul dalam gambar swafoto tiga rakan ini, ramai yang meremang tengok

“Senyumannya sangat lebar, pakai gincu merah, bentuk muka bulat dan giginya ada taring, itu bukan sahabat saya”.

Demikian kongsi Ruzaliza Ruzlan, 36, menerusi satu video pendek di TikTok yang memaparkan wajah sahabatnya bertukar aneh ketika berswafoto bersama.

@ruzalizaruzlan

Allahuakbar..sesungguhnya Allah yg maha mengetahui segalanya..#kisahseram #mentakabpahang #fyp #gengjoging

♬ Horror atmosphere piano & SE. – Kohrogi

Malah rata-rata warganet yang menonton video berkenaan mengaitkan wajah jelmaan itu mirip Mona Fandey yang satu ketika dahulu pernah menggemparkan negara sekitar tahun 1993 yang membunuh Ahli Dewan Undangan Negeri Batu Talam, Datuk Mohd. Mazlaan Idris.

Pasangan bomoh Mona Fandey dan suaminya Mohd. Affandi Abdul Rahman serta pembantu mereka Juraimi Husin didapati bersalah pada 9 Februari 1995 membunuh Mazlan dengan mengerat 18 bahagian sebelum ditanam sedalam 1.8 meter di sebuah rumah di Felda Ulu Dong.

Menceritakan kembali, Ruzliza mengatakan, dia bersama dua sahabatnya iaitu Sheila Sufia, 36, serta Emilia Azila Zainulhak, 46, mengambil gambar selepas beriadah di kawasan pusat beli-belah Star, Mentakab.

Emilia Azila kanan sekali yang dirakam sebelum kejadian aneh menimpa mereka

Katanya, kelakuan salah seorang sahabatnya itu Emilia bertukar aneh dan tidak seperti yang dikenalinya sejak 12 tahun yang lalu.

“Kami biasa akan joging pada pukul 6:30 pagi selepas subuh. Sebelum pulang ke rumah, kami akan selfie sama-sama dan kawan saya ajak bergambar di tempat itu.

“Pada awalnya kami nak ubah tempat sebab tak cantik, tapi kawan saya (Emilia) tetap bertegas,” ceritanya.

Tambahnya, Emilia secara tiba-tiba terlalu ghairah untuk berswafoto, lalu terus memanjat kayu palet.

“Kami terkejut sebab itu bukan personaliti dia,” katanya.

Jelasnya, ketika berswafoto rakannya tidak mengenakan sebarang solekan.

“Bentuk mukanya juga bujur, tidak mempunyai gigi taring dan senyumannya tidak seperti dalam gambar,” katanya.

Sementara itu, tinjauan pada ruangan komen rata-rata netizen turut berkongsi cerita seakan serupa.

Sumber

Baca : ”Hanya kerana aku hadiahkan dia selipar, aku dipukul, 20 tahun aku pendam, aku rasa hidup hanya bila bersama”

Leave a Comment