Murid Ini Bagi Hadiah Sebagai Tanda Terima Kasih Kepada Cikgunya Raih Perhatian Netizen

Murid Ini Bagi ‘Hadiah’ Sebagai Tanda Terima Kasih Kepada Cikgunya Raih Perhatian Netizen

Peranan guru dilihat sebagai individu yang membina dan membentuk kualiti murid dalam aspek jasmani, emosi, rohani dan intelek bagi memenuhi aspirasi pendidikan negara. Begitulah betapa besar dan hebat amanah serta komitmen yang harus dipikul oleh guru. Kerana itu lah kita perlu menghargai jasa guru-guru kita yang telah mendidik kita supaya menjadi insan yang berguna.

Sama seperti sebuah video yang tular di laman sosial baru-baru ini, apabila seorang guru berkongsi kisah ketika muridnya memberikan udang galah segar ini curi tumpuan ramai.

Menerusi perkongsian video yang dimuat naik oleh @cikguspiderman7, kelihatan dia berkongsi kisah ketika anak muridnya sedekah makanan.

Difahamkan, guru itu mengajar di sekolah pendalaman di Sarawak. Apa yang lebih menarik adalah apabila anak muridnya itu dengan selamba membawa udang galah segar masuk ke kelas.

Malah, saiz udang galah yang besar itu membuatkan rata-rata netizen terkejut melihatnya.

Video tersebut telah meraih tontonan di TikTok. Rata-rata netizen turut memberikan pelbagai reaksi masing-masing.

Sumber

Baca : “Terbaik” – Pemuda Ini Bagi ‘Flying Kick’ Untuk Tumpaskan Lelaki Mengamuk

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *