Murid Ini Takut Sangat Sampai Tertinggal Kasutnya Dalam Rumah Hantu Buat Cikgunya Keras Perut Gelak
Rumah hantu merupakan salah satu tempat yang sering menjadi tempat pengunjung untuk mencuba pengalaman yang menyeramkan. Kalau yang berani dan sukakan cabaran pasti akan masuk, tetapi kalau yang jenis penakut tentu akan pass sahaja untuk masuknya.
Baru-baru ini, tular sebuah video dimana gelagat sekumpulan murid perempuan sekolah ini selepas sahaja mereka memasuki rumah hantu telah menimbul tawa ramai.
Menerusi video tersebut, kelihatan beberapa orang murid perempuan baru sahaja memasuki rumah hantu yang diadakan di sekolah.
Dapat dilihat kesemuanya keluar dalam keadaan huru-hara sehinggakan ada yang mahu tertanggal tudungnya.
Lebih menghiburkan lagi salah seorang daripada mereka kemudian mengadu kepada guru bahawa kasutnya tertinggal di dalam rumah hantu berkenaan.
Sementara itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut terhibur melihat gelagat murid-murid tersebut.
Baca : Kejang perut tengok student ini kantoi main ‘game’ masa lecturer tengah mengajar