TerasMalaysia

Musa Hassan ‘warning’ orang ramai jangan masuk campur kalau tak nak kena tindakan

Subscibe Untuk Isu-isu Viral Kemaskini Terkini Follow TERASMALAYSIA

Musa Hassan ‘warning’ orang ramai jangan masuk campur kalau tak nak kena tindakan.

Bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan meminta orang ramai untuk menghormati privasi dan tidak mencampuri urusan keluarganya.

Menurut laporan Kosmo! Online, ia susulan penularan beberapa video klip memaparkan seorang lelaki mirip wajahnya sedang bertengkar dengan seorang wanita di dalam sebuah rumah.

“Ini adalah masalah privasi keluarga. Jangan ada yang masuk campur. Jika ada yang membuat spekulasi akan berhadapan dengan tindakan undang-undang,” tulisnya dalam satu ciapan di Twitter.
Sementara itu, memetik laporan Malaysia Gazette, satu laporan polis telah dibuat oleh seorang peguam bernama Ahmad Faruq Sidik yang mewakili Musa.

“Pengadu seorang peguam yang beramal di tetuan Hisham & Partners yang beralamat […] membuat laporan ini bagi pihak anakguam pengadu bernama Tan Sri Musa Bin Tan Sri Hj Hassan […] dimana anakguam pengadu pada 28/02/2023 jam lebih kurang 1630 hrs.

“Beliau telah datang berjumpa isteri beliau bernama Elly Efizahwati Binti Abdul Jalil […] bertujuan ingin berjumpa isteri dan anak beliau serta menyerahkan wang sebanyak RM5,000.00 untuk perbelanjaan dan juga membeli buku anaknya disekolah,” tulis laporan tersebut.

Berdasarkan laporan itu lagi, apabila Musa sampai ke rumah isterinya di Taman Tun Dr Ismail, Kuala Lumpur, wanita terbabit meluahkan rasa tidak puas hati kerana menerima surat daripada peguam syariah.

“Isteri beliau telah mengeluarkan telefon dan ingin merakam video anakguam pengadu tanpa tujuan yang pasti dan walaupun anakguam pengadu melarang isteri beliau daripada merakam.
“Isteri beliau masih berbuat demikian menyebabkan anakguam pengadu merampas telefon tersebut,” kata laporan berkenaan lagi.

BACA:

Lelaki ini memeluk Islam setelah dapat cari maksud hidup yang sebenar

Aku jumpa lipstik dalam kereta suami, bila aku tunjuk lipstik tu pada suami tapi dia gelak. Rupa-rupanya..

Keistimewaan malam Nisfu Syaaban, terbukanya pintu langit dan dimakbulkan doa

Leave a Comment