Naik kereta T20 tapi perangai tak semenggah, selamba kencing dekat tiang parkir mall.
Walaupun pusat beli-belah menyediakan kemudahan awam seperti tandas untuk memudahkan pengunjung dan memberikan keselesaan semasa berbelanja, masih terdapat segelintir individu yang enggan menggunakan kemudahan yang telah disediakan.
Dalam sebuah video yang menjadi tular, seorang lelaki terlihat sedang kencing di tiang parkir bawah tanah sebuah pusat beli-belah di Subang Jaya, Selangor.
Setelah menyelesaikan perbuatannya, lelaki tersebut dengan segera pergi apabila ditegur oleh seorang wanita kerana melakukan perbuatan tidak bermoral. Meskipun dimaklumkan bahawa terdapat tandas di situ, lelaki itu hanya berkata ‘sorry’ sambil bergerak ke kereta jenis Mazda 3 yang diparkir berhampiran.

Seolah-olah tidak merasa bersalah, lelaki itu, yang duduk di tempat penumpang bahagian depan, melambai kepada wanita tersebut sambil kereta meninggalkan kompleks beli-belah tersebut.
Berdasarkan kapsyen yang dikongsi, kejadian berlaku pada Khamis, pukul 10.51 malam.
“Rakyat Malaysia kencing di tempat letak kereta bawah tanah di pusat beli-belah Subang Jaya. Pukul 10.51 malam, Khamis 16 November 2023,” katanya.
Perbuatan tidak bermoral dan biadab itu menarik kecaman daripada warga maya, yang menyelar sikap lelaki tersebut yang menyebabkan sesetengah kawasan menjadi kotor dan berbau busuk.
org mcm ni tk payah blurr kan muka. perangai cam bodo #Subangjaya #viralvideo #trending https://t.co/ewk8gz39sA
— KL Sayang Semua (@KLSayang) November 17, 2023