TerasMalaysia

Najis kucing jatuh dari langit, angkara siapa?

Subscibe Untuk Isu-isu Viral Kemaskini Terkini Follow TERASMALAYSIA

Najis kucing jatuh dari langit, angkara siapa?

Jangan memelihara kucing di rumah sekiranya hobi itu boleh menimbulkan masalah dalam keluarga dan jiran.

Seperti kejadian yang berlaku baru-baru ini, dimana seorang penduduk di sebuah kondominium membuang najis kucing dari tingkat atas mendapat kecaman orang ramai.

Sebuah video berdurasi satu minit 32 saat yang memaparkan perbuatan individu itu turut tular di media sosial.

Menerusi video berkenaan, individu itu dilihat mengaut najis haiwan itu daripada sebuah bekas sebelum melemparkan najis itu ke bawah.

Tangkap layar seorang individu melemparkan najis kucing dari tingkat atas.

“Bertambah subur pokok di bawah, itu pun kalau jatuh dekat pokok, kalau jatuh atas kepala orang?,” – Netizen

Tinjauan di ruang komen mendapati, rata-rata pengguna mengecam tindakan individu tersebut yang dianggap tidak bertanggungjawab.

Baca : Peti ais ‘melayang’ dari trak pikap, pemandu dikecam buat kerja sambil lewa

Leave a Comment