Nak Claim Duit Yang Ada Dalam IC Kita? Ini Caranya
Rupanya dalam IC kita ada duit, ini cara nak claim. Wang yang tidak dituntut selalunya berlaku jika ada dalam kalangan ahli keluarga yang sudah meninggal dunia dan masih mempunyai baki wang di beberapa akaun lain. Mungkin ada dan mungkin tiada dalam kalangan ahli keluarga yang tahu, rupa-rupanya masih ada wang yang boleh dituntut dalam jumlah yang banyak.
CARA NAK CLAIM WANG YANG TAK DITUNTUT
1.Pergi ke laman sesawang https://egumis.anm.gov.my
2.Klik di bahagian atas sebelah kanan -PENDAFTARAN-
3.Lengkapkan maklumat diri yang diminta. (Nama penuh dan nombor kad pengenalan sila ikut dokumen pengenalan diri)
4.Isi maklumat dan tandakan ruangan yang perlu ditanda dan klik ‘DAFTAR’. Pendaftaran selesai dan klik LOG MASUK.
5.Pergi ke laman sesawang eGUMS di https://egumis.anm.gov.my dan klik LOG MASUK.
6.Masukkan ID pengguna dan kata laluan yang dicipta semasa pendaftaran.
7.Kemaskini maklumat pengguna (pengguna diminta untuk melengkapkan semua butiran yang bertanda *)
8.Setelah selesai disimpan, papara portal e-GUMIS akan seperti ini dan boleh klik ‘KLIK DI SINI UNTUK CARIAN WANG TAK DITUNTUT’
Pastikan yang nak dituntut NAMA EMPUNYA dalam rekod WTD adalah nama yang sama dalam IC sekali bin/binti. Jika tidak mencukupi atauberbeza perlulah rujuk JANM yang terdekat.
9.Masukkan no. kad pengenalan yang diberikan. Had maksimum carian adalah sebanyak 2 kali sahaja.
10.Jika mempunyai rekod carian, paparan rekod akan ditunjukkan seperti di dalam gambar rajah.
11.Borang permohonan akan dijana secara automatik dan pengguna perlu melengkapkan butiran penerima bayaran.
12.Tandakan di dalam kotak merah dan lengkapkan maklumat akaun bank.
13. Semak ruangan mandatori dokumen apa yang diperlukan lagi untuk dimuat naik selain dokumen asas anda.
14.Pemohon akan diminta untuk memuat naik dokumen sokongan yang diperlukan.
15.Klik butang muat naik untuk masukkan dokumen sokongan.
16. IC jika nak dipalangkan pastikan tidak terkena pada nombor dalam ic tersebut.
17.Sebelum klik butang HANTAR, pemohon perlu klik butang SETUJU.
Selamat mencuba!
PM Batalkan Sambutan Tahun Baru 2023