“Nak duit pun agak-agaklah” – Tular video Tiktoker tempatan basuh muka dengan air jamban dalam live

Subscibe Untuk Isu-isu Viral Kemaskini Terkini Follow TERASMALAYSIA

“Nak duit pun agak-agaklah” – Tular video Tiktoker tempatan basuh muka dengan air jamban dalam live. Salah satu cara meraih wang di internet adalah dengan melakukan live di TikTok. Tetapi selain menghiburkan dengan bersembang atau membuat jualan, ada pula yang sanggup melakukan perkara bodoh hanya kerana mahu meraih secebis wang.

Menerusi perkongsian pengguna Facebook bernama Komandan Marco, beliau memperlihatkan dua rakaman video dari TikTok yang mana setiap video itu menunjukkan individu melakukan perkara yang tidak senonoh.

Dalam video tersebut, kelihatan individu itu menyapu wajah dengan air dari lubang jamban sambil berinteraksi sesama sendiri.

Menurut individu yang kongsikan video ini, biarpun mereka mendakwa air jamban itu bersih, ia masih menjadi satu perkara yang menjijikkan kerana di situlah tempat untuk manusia salurkan najis mereka.

Bahkan sebagai umat islam, pastinya kita dah sedia maklum bahawa tempat-tempat sebegini bukanlah ‘bersih’.

"Nak duit pun agak-agaklah" - Tular video Tiktoker tempatan basuh muka dengan air jamban dalam live

“Nak duit pon agak-agak la,main benda kotor macam tu. Air jamban ni putih bersih la macam mana sekalipun ia tetap akan jadi kotor. Daripada kau sapu air najis ni, baik kau minum air Zam Zam atau air bacaan Yassin.”

“Niat dalam hati biar hilang kebodohan dalam diri tu. Ini baru yg perempuan, yang laki pun ada tau yg basuh muka dengan air jamban ni.”

“Ini la akibat bila meletakkan punca rezeki tu datang dari manusia, sanggup bodohkan diri. Kalau orang yg betul² percaya rezeki tu datang dari Allah dia takkan buat benda² macam ni sebab dia percaya rezeki Allah itu luas seluas luasnya,” ulasnya lagi.

Beliau juga mengatakan tidak kisah sama ada jamban itu baru dipasang, ia tetap dianggap satu perbuatan kotor kerana pastinya akan terbayang najis walaupun ianya benda baru.

Hantaran itu kini mempunyai perkongsian sebanyak 3,500 oleh pengguna Facebook. Rata-ratanya mengutuk tindakan tidak senonoh oleh dua individu TikToker terbabit yang mana menjatuhkan air muka dan maruah agama.

Difahamkan ini merupakan trend biasa yang dilakukan oleh TikToker yang mana bertanding untuk terima gift terbanyak. Buat individu yang kalah, mereka akan dikenakan denda dan perlu mengikut arahan yang dipinta oleh pemenang dan juga viewer.

Sebagai manusia yang berakal dan masih diberi kesihatan, berusahalah untuk mencari rezeki yang halal dan menjaga maruah sendiri. Tiada gunanya terima wang yang banyak tetapi menyesal di kemudian hari.

BACA:
‘Owner’ berang kedai disihir 2 kali, nampak budak hitam berlegar dan pekerja alami sakit yang teruk
Isteri tak teragak-agak serang suami lepas jumpa benda seakan kondom dalam poket seluar
Isteri ‘disondol’ doktor lelaki masa bertugas di tanah suci, bagi ganjaran kalau jumpa untuk tindakan lanjut

Leave a Comment