Nak Makan Tak Boleh Tambah, Isteri Terkilan Suami Terlampau Berkira

Subscibe Untuk Isu-isu Viral Kemaskini Terkini Follow TERASMALAYSIA

Nak Makan Tak Boleh Tambah, Isteri Terkilan Suami Terlampau Berkira

Dalam institusi rumah tangga, suami atau isteri mempunyai bidang tugas masing-masing. Isteri tidak dipertanggungjawabkan mengambil tugas suami dalam mencari nafkah.

Begitu juga suami tidak terlepas tanggungjawabnya menyediakan nafkah buat isteri dan anak walaupun isterinya turut bekerja.

Cuma nafkah yang wajib disediakan suami itu berdasarkan kemampuannya serta bersesuaian dengan keperluan isteri dan anak.

Nafkah itu termasuk menyediakan tempat tinggal, makan minum, pakaian, kebajikan, kesihatan dan keselamatan seluruh ahli keluarganya.

Asas kepada kadar kemampuan itu disebutkan Allah SWT dalam firmanNya yang bermaksud: “Hendaklah orang yang mampu memberi nafkah menurut kemampuannya. Dan orang yang disempitkan rezekinya hendaklah memberi nafkah daripada harta yang diberikan Allah kepadanya. Allah tidak meletakkan beban kepada seseorang melainkan sekadar apa yang Allah berikan kepadanya. Allah kelak akan memberikan kelapangan sesudah kesempitan.” (Surah at-Talaq, ayat 7)

Rezeki seorang suami itu juga adalah sebahagian daripada berkat isteri serta anak-anak, namun masih ramai suami yang berkira atau lebih dikenali sebagai kedekut dan ia bukanlah satu perkara yang pelik untuk zaman ini.

Malah, ada saja yang sanggup melaburkan duit dengan banyak untuk hobi mereka sendiri, tetapi bersikap kedekut dan berkira apabila memberi nafkah kepada si isteri.

Baru-baru ini tular satu video menunjukkan seorang wanita berasa amat terkilan apabila suami mula pertikaikan ketika dia meminta duit belanja.

Kerana sudah tidak tertahan lagi, wanita berkenaan mengambil keputusan menangis dan meluahkan rasa sedih melalui platform TikTok.

https://www.tiktok.com/@kartikasaripelawii/video/7152735017746173210?embed_source=121331973%2C120811592%2C120810756%3Bnull%3Bembed_masking&is_copy_url=1&is_from_webapp=v1&refer=embed&referer_url=beautifulnara.com%2F&referer_video_id=7152735017746173210

Segalanya bermula bila si suami berasa terkejut melihat beras terlalu cepat habis serta menasihati isteri untuk tidak menambah nasi sewaktu makan.

Padahal, wanita tersebut memberitahu dirinya tidak makan nasi dalam kuantiti yang banyak dan kadang-kala memakan sisa nasi daripada makanan anaknya saja.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen berasa kasihan melihat luahan video wanita terbabit dan ada juga yang memahami ‘akak’ itu kerana turut mempunyai suami yang mempunyai sifat berkira.

Sumber

Jom Pakat Bersila! 5 Kebaikan Duduk Atas Lantai Yang Orang Tak Tahu

Leave a Comment