TerasMalaysia

“Nak Sangat Rasa ‘Aiskrim’ Kan..”, Gelagat 3 Beradik Ini Mencuit Hati Netizen

Subscibe Untuk Isu-isu Viral Kemaskini Terkini Follow TERASMALAYSIA

“Nak Sangat Rasa ‘Aiskrim’ Kan..”, Gelagat 3 Beradik Ini Mencuit Hati Netizen

Minda kanak-kanak penuh dengan perasaan ingin tahu. Mereka sentiasa mahu meneroka dunia yang menakjubkan dan baharu. Apa sahaja yang mereka lihat, dengar dan bau adalah seperti misteri yang menanti untuk disingkap. Keingintahuan adalah keinginan semulajadi untuk belajar, menjelajah, membuat penemuan dan memahami banyak perkara.

Namun, lain pula yang berlaku dalam video ini apabila gelagat tiga beradik berebut nak makan asam jawa telah mencuri tumpuan ramai.

Menerusi video yang dimuat naik oleh @julianorazreen, kelihatan tiga beradik itu sedang berebut sebekas asam jawa yang disangka aiskrim.

Mereka memberikan bekas itu kepada si ibu untuk menyuap seorang demi seorang. Apa yang menghiburkan adalah apabila ibu mereka menyuap asam jawa ke dalam mulut, si kakak dan abang terus berlari ke dapur kerana tak tahan rasa masam.

Lebih melucukan, si adik bongsu pula hanya makan sedikit dari sudu yang disuap ke mulutnya dan berkata rasa asam jawa itu sedap. Tetapi apabila ibunya bertanya sama ada dia nak lagi atau tak, dia pantas menggeleng.

Tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata warganet turut terhibur melihat gelagat adik-beradik itu.

Sumber

Kepala Tersepit, 15 Minit Kanak-Kanak Ini Menangung Sakit

Leave a Comment