Nak tunjuk lagak drift masa naik Genting Highlands akhirnya mengundang padah – ‘Nasib baik tak melibatkan kereta lain’

Nak tunjuk lagak drift masa naik Genting Highlands akhirnya mengundang padah – ‘Nasib baik tak melibatkan kereta lain’

Baru-baru ini tular klip rakaman dashcam memaparkan sebuah Honda Civic yang sedang menaiki Genting Highlands terbabas dan terbalik di kiri jalan.

Kejadian yang berlaku kira-kira hampir pukul 7.30 pagi itu dipercayai berlaku apabila pemandu Honda terbabit menekan brek ketika mengambil selekoh, lalu hilang kawalan.

Semasa kejadian, ada sebuah Toyota Mark X bersebelahan dengannya. Nasib baik pemandu kereta itu cekap sempat mengelak apabila Honda Civic itu terbabas betul-betul di hadapannya.

Pada akhir rakaman video tersebut, kereta yang merakam insiden itu dan Toyota Mark X segera memberhentikan kenderaan di tepi jalan, dipercayai untuk memberikan bantuan kepada mangsa.

Rata-rata netizen yang menonton video itu menyatakan cara pemanduan yang salah telah menyebabkan kereta Honda itu kemalangan dan nyaris melibatkan kenderaan lain juga.

Dalam masa sama, netizen turut geram melihat laluan naik dan turun Genting Highlands seolah-olah menjadi ‘litar lumba’ bagi sesetengah pemilik jentera yang telah diubahsuai.

Baca : Padah terlupa bawa kunci kereta, wanita ini dikejarkan ke hospital dengan segera, ramai doktor terkejut

Leave a Comment