TerasMalaysia

Nampak macam aiskrim biasa, tak sangka harga satu hidangan untuk ‘dessert’ ini berharga RM29,000

Subscibe Untuk Isu-isu Viral Kemaskini Terkini Follow TERASMALAYSIA

Nampak macam aiskrim biasa, tak sangka harga satu hidangan untuk ‘dessert’ ini berharga RM29,000. Jenama aiskrim mewah Jepun, Cellato baru-baru ini menerima pengiktirafan Guinness World Records dalam kategori aiskrim termahal di dunia berharga 880,000 yen (RM28,958) untuk setiap hidangan, lapor laman berita Oddity Central

Produk aiskrim terbaru Cellato, Byakuya yang kaya dengan protein disahkan paling mahal di dunia pada 25 April lalu.

Aiskrim itu dibungkus di dalam kotak hitam dengan pembeli akan turut menerima sebatang sudu logam buatan tangan dari Fushimi, Kyoto.

Nampak macam aiskrim biasa, tak sangka harga satu hidangan untuk ‘dessert’ ini berharga RM29,000

Sebekas aiskrim Byakuya dengan isipadu 130 mililiter (ml) kini boleh didapati di laman web cellato pada harga 880,000 yen (RM28,958).

Truffle putih yang digunakan untuk membuat aiskrim itu diimport dari Alba, Itali.

Aiskrim Byakura tidak mempunyai tarikh luput, tetapi Cellato mengesyorkan pembeli menikmatinya dalam masa 10 hari untuk tekstur yang terbaik.

BACA:

Aku pegang tangan mak untuk menenangkan perasaannya, dalam kepala aku, aku seakan tahu apa benda yang jadi

Tak sangka 5 taktik ini digunakan scammer di Malaysia, nombor 5 tu ramai yang hilang duit sampai puluh ribu ringgit

Berang sebab sewa rumah dinaikkan, pemilik buat ‘onar’ buang peti sejuk dari tingkat 23

Leave a Comment