Perlawan bola World Cup 2022 yang dianjurkan di Qatar sudah melabuhkan tirainya. Kali ini Juara untuk tahun 2022 dimenangi oleh Argentina. Persoalannya, Apakah nasib 8 Stadium World Cup Qatar 2022 setelah berakhirnya perlawan bola sepak dunia 2022?
Qatar menyediakan 8 stadium secara total khas untuk digunakan bagi perlawanan bola World Cup 2022 baru-baru ini.
Stadium-stadium tersebut adalah Al Bayt Stadium, Khalifa International Stadium, Al Thumama Stadium, Ahmed Bin Ali Stadium, Lusail Stadium, Stadium 974, Education City Stadium and Al Janoub Stadium
Kini pertandingan bola dunia telah pun berakhir.
Persoalan yang timbul adalah apa nasib kesemua 8 stadium ini? adakah mereka akan menjadi Gajah Putih?
1. Stadium Glittering Lusail Stadium

Stadium yang digunakan semasa perlawan akhir antara France & Argentina. Stadium ini tidak akan menjadi rumah kepada mana-mana kelab bola sepak malah ia akan menjadi Pusat Komuniti yang akan dilengkapi dengan rumah, kedai, kafe, sekolah dan juga pusat perubatan.
2. Stadium 974

Stadium ini mendapat namanya dari jumlah kontena terpakai yang digunakan untuk membinanya. Stadium ini dibina menggunakan 974 kontena terpakai.
Nasibnya? Nasibnya tidak seperti stadium “Glittering” yang diceritakan tadi. Stadium ini tidak lama lagi akan hilang dari muka bumi ini kerana ia akan dibuka kembali setelah selesainya pertandingan bola tersebut
3. Stadium Al-Bayt

Stadium yang menjadi lokasi pembuka tirai untuk perlawan pertama World Cup 2022 ini pula akan dijadikan Hospital Perubatan Sukan. Bukan itu sahaja Stadium ini juga akan mempunyai hotel bertaraf 5 bintang dan pusat membeli belah.
4. Al Thumama Stadium

Stadium ini akan dikurangkan kapasitinya tetapi akan tetapi mengajurkan suka bola sepak serta acara sukan-sukan lain.
5. The Education Center

Sesuai dengan namanya, stadium ini akan dijadikan sebagai fasiliti bagi pelajar-pelajar dan juga Universiti Tempatan.
6. Al Janoub Stadium

Stadium ini akan menjadi Rumah kepada Kelab Al-Wakrah pada saiz kapasiti yang dikurangkan
7. Khalifah International Stadium

Stadium paling sulong di antara 8 stadium-stadium world cup ini akan terus menjadi hos kepada perlawan-perlawan sukan dan besar.
8. Ahmad bin Ali Stadium

Stadium ini akan menjadi rumah kepada kelab bola tempatan Ar-Rayyan
Ingat kena culik,bomba berjaya selamatkan budak menyorok dekat atas bumbung