”Nasib Tak Buta!”,Juruterbang Hampir Hilang Kawalan Kerana Laser Memancar Ke Udara

Subscibe Untuk Isu-isu Viral Kemaskini Terkini Follow TERASMALAYSIA

Nasib Tak Buta!”,Juruterbang Hampir Hilang Kawalan Kerana Laser Memancar Ke Udara. Seorang juruterbang berdepan detik cemas apabila penglihatannya diganggu oleh pancaran laser yang dibuat oleh individu tidak bertanggungjawab ketika dia sedang mengemudi pesawat menghampiri landasan untuk mendarat.

Menerusi perkongsian @lifeontheedgeofficial di platform Tiktok, cahaya laser bewarna hijau itu menuju tepat ke arah kokpit pesawat yang boleh menyebabkan juruterbang berdepan masalah silau sekiranya terkena pada bahagian matanya.

Dalam video berdurasi 15 saat itu juga menunjukkan juruterbang cuba sedaya upaya menghalang cahaya laser tersebut dengan menggunakan kertas agar tidak menggangu penglihatannya.

Perkara yang dilakukan oleh individu tersebut dianggap tidak bertanggungjawab dan membahayakan nyawa penumpang yang berada di dalam kapal terbang tersebut.

Bagaimanapun, tiada maklumat lanjut berkenaan insiden tersebut termasuk lokasi dan syarikat penerbangan yang terjejas.

”Nasib Tak Buta!”,Juruterbang Hampir Hilang Kawalan Kerana Laser Memancar Ke Udara

Menurut sumber daripada Agensi Pentadbiran Penerbangan Persekutuan Amerika Syarikat (FAA), bilangan serangan laser yang dilaporkan melonjak sebanyak 41 peratus pada tahun lepas kepada 9,700 dan negeri yang mempunyai kes yang tinggi berkaitan insiden tersebut ialah California, Texas dan Florida.

Kenaikan jumlah itu telah mendorong FAA mengeluarkan amaran dan merayu agar orang ramai berhenti menyasarkan cahaya laser ke arah pesawat.

@lifeontheedgeofficial

Pilot blinded by lasers whilst approaching runway #plane #pilot #fyp #foryou

♬ original sound – Life On The Edge

BACA:

DBKL Dedah Kenapa Pemandu Ini Berhenti Mengejut Ditengah Jalan

Rugi Lebih RM100,000 Kerana Macau Scam

Maut! Bergaduh Ketika Mabuk

Leave a Comment