TerasMalaysia

Nelayan ‘langkah seribu’ dikejar makhluk berwarna hitam semasa mencari rezeki

Subscibe Untuk Isu-isu Viral Kemaskini Terkini Follow TERASMALAYSIA

Nelayan ‘langkah seribu’ dikejar makhluk berwarna hitam semasa mencari rezeki. Seperti yang kita sedia maklum, permukaan Bumi dilitupi oleh lautan yang luas terbentang yang meliputi lebih kurang 71 peratus permukaan Bumi.

Oleh itu, tidak hairanlah pengetahuan manusia mengenai hidupan-hidupan di laut sebenarnya agak terbatas kerana masih ada banyak lagi tempat yang belum diteroka dan juga hidupan-hidupan laut yang mungkin belum dikenalpasti.

Baru-baru ini tular mengenai seorang nelayan di luar pantai Rio Grande do Sul, Brazil yang berdepan dengan detik-detik mencemaskan apabila dikejar oleh satu makhluk misteri yang tidak dikenali ketika dia sedang pergi menangkap ikan.

Apa yang lebih mengejutkan adalah makhluk misteri tersebut dilihat seakan mempunyai mata yang menyala. Dalam video yang ditularkan, nelayan tersebut memecut laju untuk melarikan diri dengan menaiki sebuah bot daripada dikejar oleh makhluk berkenaan.

Nelayan ‘langkah seribu’ dikejar makhluk berwarna hitam semasa mencari rezeki

Dalam video yang dirakam, nelayan tersebut memberitahu bahawa makhluk misteri tersebut cuba untuk menyerangnya dan menyebabkannya melarikan diri.

Berdasarkan video, makhluk misteri itu dilihat mengejar nelayan tersebut dengan laju dan bergerak dengan cara menyelam dan timbul ke permukaan beberapa kali sebelum akhirnya hilang dari pandangan.

Makhluk tersebut dilihat mempunyai mata yang bercahaya dan badan yang panjang dan gelap.

Meskipun tidak dapat dipastikan apakah sebenarnya makhluk tersebut, tetapi syukur kerana nelayan ini selamat daripada sebarang ancaman.

Sejak tular di media sosial, rata-rata netizen meluahkan rasa seram mereka terhadap video makhluk misteri tersebut.

BACA:

Tanpa ada transaksi, wanita ini kehilangan RM300 ditolak iklan Facebook secara tiba-tiba

Ramai yang ambil remeh tentang tidur lepas sahur, ini pencerahan yang betul

Tingkah laku Ustaz Azhar Idrus masa ceramah dekat masjid sangat pelik, dia tengok apa?

Leave a Comment