
Nenek mohon maaf sebab cucu selamba calar kereta jiran tapi netizen tetap tak puas hati
Terdapat banyak faktor yang menyebabkan remaja suka memberontak, kita semua melaluinya semasa muda. Antaranya adalah faktor lazim, seperti kecewa dikenakan disiplin yang ketat di rumah, perubahan hormon, tekanan rakan sebaya dan bimbang gagal mencapai jangkaan yang diharapkan daripada mereka.
Manakala, faktor lain termasuk masalah serius di rumah (contohnya, ibu bapa yang sentiasa bergaduh, ibu bapa kaki botol, penderaan fizikal dan emosi dan tekanan kewangan).
Baru-baru ini, seorang wanita yang merupakan penghuni di sebuah flat sempat merakam kejadian kurang menyenangkan penghuni perumahan itu.
Dalam video tersebut, kanak-kanak perempuan itu dilihat berkeliaran seorang diri di tempat parkir kenderaan sambil mencalarkan bahagian belakang beberapa kereta menggunakan objek tajam.
Kejadian itu dipercayai berlaku di Blok 52 Taman Cendana, Pasir Gudang, Johor.
Selain itu, kanak-kanak berkenaan dikatakan dengan sengaja membuang penyepit dan juga selipar milik jiran ke tingkat bawah.
Tindakannya itu membuatkan perakam bertanya dengan nada lembut kepada kanak-kanak itu apakah tujuan dia melakukan tindakan sedemikian, tetapi tiada respon diberikan.
Namun begitu, neneknya tampil memohon maaf dan meminta orang ramai menghentikan kecaman terhadap cucunya itu malah turut mendedahkan masalah yang dialami oleh kanak-kanak berkenaan.
Neneknya memaklumkan cucunya mengalami masalah kesunyian dan tertekan dengan masalah keluarga mereka baru-baru ini.
“Kehidupannya tidak sama seperti kanak-kanak lain kerana sejak kecil bapanya sudah berpisah dengan ibunya dan terus terputus hubungan.”
“Namun sejak akhir tahun lalu saya mengalami darah tinggi selain sakit jantung, saya tidak mampu membawanya ke mana-mana,” katanya.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen geram dengan tindakan budak perempuan tersebut malah menyifatkan bahawa masalah yang dialami bukan ‘tiket’ untuk dia menjadi manusia yang tiada adab.
“Ya Allah, aku pulak yang terasa sakit dengan kesan goresan itu” – Netizen
Bukan itu sahaja, netizen juga berharap agar ahli keluarga serta pihak berkuasa mengambil tindakan yang tegas kerana tindakannya itu nyata keterlaluan.
Netizen juga berpendapat jika keluarga tidak mampu untuk menasihatinya, jadi biarkan pihak berkuasa pula yang mengajarnya cara untuk menjadi manusia yang baik serta tidak biadab.
Baca : Gadis baru perasan dalam nasi lemak yang habis dimakan nya ada ‘telur’ extra