
Netizen kecam Exco Terengganu, baca Bismillah perlekeh makanan menu rahmah
Seorang exco Terengganu memperlekehkan menu Rahmah disediakan untuk golongan kurang berkemampuan.
Dalam satu video yang dimuatnaik dalam akaun TikTok, Adun Chukai Hanafiah Mat dilihat mengadu tentang kekurangan hidangan nasi campur yang dimakannya.
“Ikan seekor, sayur dua butir, kuah tak ada pula.
“Ini minta kuah dia, aku bubuh hah,” keluhnya.
Melihat kepada respon orang awam, rata-rata mengecam tindakan tak sensitif tersebut. Kata netizen, lauk ikan dan sayur sebenarnya sudah cukup untuk orang yang kurang berkemampuan.
Malah, ada orang miskin yang hanya berlapikkan air suam dan biskut kerana tak ada makanan. Ada netizen berkata, tindakan itu seolah-olah menghina makanan dan rezeki daripada Allah SWT.
Video yang kini tular di media sosial mendapat kecaman banyak pihak, termasuklah beberapa Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil dan Ahli Parlimen Muar Syed Saddiq Abdul Rahman.
“Hina rezeki satu perbuatan yang keji, tidak berakhlak,” kata Fahmi yang juga ahli parlimen Lembah Pantai.
Sementara itu, presiden Muda senada dengan Fahmi menyifatkan tindakan Hanafiah itu sebagai memalukan, yang dilihat seperti menghina golongan yang kurang berkemampuan.
“Ramai orang susah mendapat manfaat dari Menu Rahmah.
“Bukan semua bergaji besar seperti YB Exco dan boleh makan di tempat yang mewah.
“Kalau tidak setuju pun, tiada keperluan untuk merendahkan martabat orang susah dengan meremehkan makanan mereka. Memalukan,” ciap Syed Saddiq di Twitter.
Baca : 7 negara ini memiliki peraturan yang paling pelik di dunia, salah satu darinya ‘dilarang mengumpat’