Netizen korek komen lama dekat gambar Uqasha dan Kamal jumpa benda benda yang berbaur dendam

Netizen korek komen lama dekat gambar Uqasha dan Kamal, jumpa benda-benda yang berbaur dendam

Kejadian yang menimpa pelakon, Kamal Adli tempoh hari sewaktu ekspo perniagaan di Singapura sememangnya mengejutkan ramai kerana berlaku begitu cepat.

Walau bagaimanapun, ada dakwaan mengatakan yang kejadian tersebut berlaku disebabkan cemburu dan isu peribadi. Namun, pihak berkuasa meminta agar orang ramai tidak membuat sebarang spekulasi berkenaan perkara tersebut.

Disebabkan itu, netizen mulai ‘menyelongkar’ semula media sosial Kamal dan Uqasha Senrose dan mendapati beberapa komen yang mengugut mereka.

@insyirahroslxx

I’m not really a big fan of them. But look, I found this on uqasha’s instagram comment sections, all those men are creepy 😥 @kamaladli86 @@mstarmsia @pdrmsia_official #kamaladli

♬ Suspenseful and tense orchestra(1318015) – SoLaTiDo

Beberapa komen yang diperoleh dari media sosial jelas menunjukkan yang pasangan selebriti itu diugut dengan pelbagai ugutan yang boleh membahayakan nyawa mereka.

Ugutan-ugutan tersebut sememangnya menakutkan dan ia sama seperti yang pernah diterima oleh Kamal menerusi aplikasi WhatsApp sebelum kejadian diserang menggunakan cota tempoh hari.

Menerusi perkongsian yang dibuat oleh TikTok @insyirahroslxx, ramai yang mengakui seram dengan ugutan-ugutan tersebut dan boleh menjadikan tangkapan layar berkenaan sebagai barang bukti untuk diserahkan kepada pihak berkuasa bagi membantu siasatan.

Sumber

Baca : Cara si ibu ini nasihat anaknya yang malu kerana naik kereta ‘lama’ ini dipuji ramai

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *