Netizen serba salah dengan Caprice, ramai buka mata lepas isu Ebit Lew dan wanita bertatu viral

Subscibe Untuk Isu-isu Viral Kemaskini Terkini Follow TERASMALAYSIA

Netizen serba salah dengan Caprice, ramai buka mata lepas isu Ebit Lew dan wanita bertatu viral. Kontroversi melibatkan seorang pendakwah yang didakwa menjadikan seorang influencer bertatu dari Indonesia sebagai konten ‘dakwahnya’ telah mendapat kritikan daripada netizen kerana dianggap sebagai berlebihan.

Caprice kesian gelandangan tidur pakai skirt

Susulan daripada itu, selebriti yang kerap mengkritik individu terbabit iaitu Caprice atau nama sebenarnya Ariz Ramli, 35 seperti ‘memulangkan paku buah keras’ kepada sesetengah netizen yang pernah mengecamnya kerana mendedahkan beberapa hal mengenai pendakwah tersebut.

Dalam kapsyen yang dikongsi di Instagram, Caprice mempersoalkan tindakan gelandangan yang boleh memakai skirt dengan muka bertindik serta mempunyai pengikut yang ramai di media sosial.

Netizen serba salah dengan Caprice, ramai buka mata lepas isu Ebit Lew dan wanita bertatu viral

Perlahan2 terbongkar sendiri

Dalam pada itu, Caprice turut menyatakan yang dia pernah mencuba untuk membongkar siapa sebenarnya pendakwah itu sekitar tahun 2021, namun ramai yang tidak mempercayainya.

Jadi, dia sangat bersyukur kerana lama kelamaan apa yang dia mahu lakukan terbongkar dengan sendirinya dan mengatakan jangan sampai dia kembali melakukan hal tersebut semula.

Jual sambal sama2

Dia juga dilihat memuat naik tangkapan layar sewaktu pendakwah berkenaan dan wanita asal Indonesia itu membuat siaran langsung di media sosial sambil menjual sambal.

“Takpe, janji sambal laku keras,” tulis Caprice ringkas.

Ramai pula minta maaf

Tak hanya itu, Caprice juga memaklumkan yang secara tiba-tiba ramai pula yang meninggalkan mesej kepadanya dengan meminta maaf kerana sebelum ini tidak mempercayainya.

Jelasnya, dia langsung tidak marah kepada netizen tetapi merasakan kes 2021 belum lagi selesai antara dia dan pendakwah berkenaan.

“Ramai pula DM minta maaf. Chill guys, saya tak marah dekat netizen. Kalau ada pun dah lama maafkan. Kita hanya ada kes tak selesai dari 2021. Selagi tuan badan sendiri tak jumpa Cap, InsyaAllah soon,” ujarnya lagi di Insta Story.

Terima kasih respon positif

Ujarnya lagi, dia sudah lama memaafkan dan melupakan hal tersebut serta menjelaskan sama sekali tidak ada masalah dengan netizen.

Dia juga mengucapkan terima kasih kepada semua diatas komen dan respon positif selepas melihat tindakan pendakwah tersebut.

Untuk rekod, Caprice pernah menggemparkan negara apabila bersungguh-sungguh menghentam pendakwah berkenaan menerusi media sosial.

Ketika itu, ramai yang menuduh Caprice dengan pelbagai gelaran sehingga dia mengambil pendekatan untuk ‘move on’ dan tidak lagi berkongsi perihal isu tersebut.

Namun, beberapa hari kebelakangan ini, pendakwah terbabit kembali viral apabila membuat konten membantu seorang janda muda di Jakarta dan membawanya pulang ke Malaysia dengan niat mahu menolong wanita tersebut untuk istiqomah berhijrah menjadi lebih baik.

BACA:
Wanita ditinggal suami gara-gara tidak bersetuju bagi anak dekat kakak ipar yang mandul
Gara-gara tidak persefahaman, wanita bagi 22 pil tidur kepada ibu sebelum cekik sampai mati
Jangan buang roti yang tamat tempoh, terdapat 5 kegunaan yang boleh dipakai untuk elak pembaziran

Leave a Comment