TerasMalaysia

Netizen terkejut ‘plot twist’ yang berlaku dalam video dimuat naik muslim ini tentang seharian berpuasa

Subscibe Untuk Isu-isu Viral Kemaskini Terkini Follow TERASMALAYSIA

Netizen terkejut ‘plot twist’ yang berlaku dalam video dimuat naik muslim ini tentang seharian berpuasa

Memasuki bulan Ramadan, adalah sesuatu yang bermakna dan berharga bagi seluruh umat Islam.

Baik yang berada di utara ataupun di selatan, sebelah timur mahupun di sebelah barat, seluruh umat Islam pasti akan melahirkan rasa gembira, syukur dan seronok dengan kedatangan bulan yang penuh kemuliaan ini.

Puasa bukan sekadar tidak minum dan tidak makan sahaja, bahkan ia merangkumi penjagaan terhadap seluruh anggota badan seperti menjaga mata dari melihat perkara haram, menjaga lidah dari berkata perkara yang tidak berfaedah dan tidak mendengar perkara haram seperti umpatan kecuali disusuli dengan benci terhadap umpatan tersebut.

Tetapi bagaimana pula jika kita menonton sesuatu kandungan yang bersifat ‘mind blown’ atau mempunyai ‘plot twist’ yang tidak disangka-sangka.

Baru-baru ini, tular sebuah video berdurasi beberapa minit yang menunjukkan aktiviti seorang lelaki dengan nama Mr. Dubois – warga asing yang beragama Islam.

Beliau mendokumentasikan kehidupan beliau sepanjang bulan puasa serta memfokuskan aktiviti harian beliau bersama keluarga.

Kandungan yang mulanya dilihat baik dengan nilai-nilai murni seorang muslim di bulan puasa bagaimanapun bertukar menjadi sesuatu yang tidak disangka-sangka oleh orang ramai.

Di hujung-hujung video tersebut, lelaki tersebut menunjukkan sisi lain beliau iaitu seorang pengamal hubungan sesama jenis.

Informasi ini pastinya mengejutkan orang ramai dengan kebanyakan netizen Malaysia menyuarakan rasa terkejut dengan ‘plot twist’ yang dihidangkan oleh video tersebut.

Setelah dikecam oleh netizen, terutamanya yang beragama Islam, Mr. Dubois memuat naik satu lagi video.

Di dalam video tersebut, beliau mempertahankan tindakannya yang menjalinkan hubungan sesama jenis.

Hujahnya adalah tuhan itu maha pemurah dan maha pengampun. Tidak kira seteruk mana dosa kita, beliau percaya tuhan akan mengampunkan kita.

@duboischicago

You can find the Full video in my YouTube – link in bio #ramadan #muslim #queer #ramadon2023 #islam #african #gay #prayer

♬ Ramadan – Lux-Inspira

“Mereka yang komen itu sangat kejam. Jika anda menyebut diri anda seorang muslim yang baik, dimanakah kesucian hati anda?

“Bukankah anda sepatutnya menahan lidah anda, tahu apa yang perlu dikatakan dan tidak mengatakan perkara yang salah dan bersikap negatif terhadap Muslim lain atau orang lain secara keseluruhan.

“Sebagai seorang muslim yang baik, anda harusnya sibuk dengan urusan anda sendiri,” katanya.

Video terbabit juga telah menarik pelbagai komen netizen yang masih melihat apa yang dilakukan oleh lelaki terbabit adalah salah.

Salah seorang netizen menyatakan bahawa lelaki ini perlu dihantar kepada ustaz untuk diruqyah. Manakala seorang lelaki netizen menyelar tindakan beliau yang cuba menghalalkan dosanya.

Bagaimanapun, terdapat netizen yang melihat apa yang dilakukan olehnya adalah haknya sendiri.

Sumber

Baca : Tergamam keluarga pihak perempuan bila suaminya angkat mikrofon cakap sesuatu yang mengejutkan

Leave a Comment