TerasMalaysia

Niat nak bersih rumah pusaka bertukar seram, keluarga terkejut jumpa nenek kebayan muka iras arwah ibu

Subscibe Untuk Isu-isu Viral Kemaskini Terkini Follow TERASMALAYSIA

Niat nak bersih rumah pusaka bertukar seram, keluarga terkejut jumpa nenek kebayan muka iras arwah ibu.

SELEPAS ibu meninggal dunia kira-kira dua tahun lalu, rumah arwah di Temerloh, Pahang terbiar tanpa dihuni sesiapa.

Atas nasihat ahli keluarga yang lain, Johan membawa anak-anak dan isterinya pulang menziarahi rumah pusaka arwah ibunya itu pada cuti persekolahan Ogos lalu.

Mengikut rancangan asal, Johan mahu menetap di sana selama empat hari bagi membersihkan segala semak-samun, namun mereka hanya mampu bertahan satu malam sahaja.

Ketika senja mulai berlabuh pada hari pertama mereka di sana, Johan bersama anak-anak dan isteri memilih untuk berehat dan hanya akan memulakan pembersihan pada esoknya.

Secara tiba-tiba, mereka terdengar bunyi ayam yang berkokok tidak henti-henti, seperti diganggu sesuatu.

Niat nak bersih rumah pusaka bertukar seram, keluarga terkejut dengar ayam berkokok, tak sangka jumpa nenek kebayan

“Eh sejak bila pula ada ayam? Bukan ke semua ayam tu dah disembelih selepas arwah mak abang meninggal?” tanya Marlia kepada suaminya yang sedang berehat di atas sofa.

Anak-anak mereka iaitu Marini, Fikri dan Fathul mula berpandangan antara satu sama lain dan berpelukan sesama sendiri.

“Mungkin ayam-ayam jiran kena kejar dengan musang,” jawab Johan ringkas kepada isterinya.

Lima minit berlalu, namun bunyi ayam itu masih tidak berhenti menyebabkan mereka sekeluarga mula tidak sedap hati.

Johan terus bangun mengambil lampu suluh dan memberanikan diri untuk membuka pintu dapur.

Johan dah syak lama yang arwah mak bela saka… apabila jadi macam ni baru Johan percaya.

Meskipun yang lain mula ketakutan, anak perempuan sulung Johan iaitu Marini yang berusia lapan tahun terus mengekorinya ke pintu dapur.

Johan terus menghalakan lampu suluh ke arah hutan dan semak-samun di belakang rumah pusaka itu sebelum dia tiba-tiba dikejutkan dengan kelibat wanita tua berbadan bongkok.

Johan hanya mendiamkan diri, namun wanita tua itu terus berpaling, menyebabkan Marini yang berada dengannya terus menjerit dan berlari masuk ke ruang tamu.

Johan tergamam seketika kerana wajah wanita tua itu sangat mirip dengan arwah ibunya dan ketika dia cuba menyuluh sekali lagi, kelibat berkenaan terus hilang daripada pandangan.

“Kakak nampak opah, kakak nampak opah! Kenapa muka opah hitam terbakar,” laung si Marini sambil memeluk ibunya.

Johan terus menutup pintu dapur dan berlari untuk menenangkan anak sulungnya selepas melihat kelibat misteri itu.

Marini terus meracau, badannya juga mula bertukar panas seperti budak yang sedang demam.

Selepas didesak oleh isterinya, Johan melaungkan azan di setiap penjuru rumah dan 10 minit kemudian, anaknya juga mula berhenti meracau.

Mereka sekeluarga tidur dalam keadaan tidak tenang pada malam itu dan bacaan al-Quran juga dibiarkan terpasang daripada telefon bimbit.

Keesokan harinya, mereka sekeluarga terus berangkat pulang ke Kuala Lumpur dan membatalkan hasrat untuk membersihkan rumah pusaka itu.

Seminggu kemudian, Johan turut berjumpa dengan bapa saudaranya iaitu abang kepada arwah ibunya yang menetap di Nilai, Negeri Sembilan.

Selepas menceritakan apa yang berlaku, bapa saudaranya memaklumkan kepada Johan bahawa arwah ibunya memang membela ‘saka’ yang diturunkan daripada arwah moyang mereka.

“Johan dah syak lama yang arwah mak bela saka. Tapi arwah tak pernah cerita. Apabila jadi macam ni, baru Johan percaya,” ujar pemuda itu kepada bapa saudaranya.

Dalam pertemuan itu, Johan turut berbincang untuk mengajak saudara-mara yang lain pulang semula ke rumah pusaka itu untuk mengadakan kenduri tahlil serta memanggil ustaz untuk ‘membuang’ saka yang masih ada.

BACA:
Pelancong Israel buat gangguan awam dan curi barang dekat kedai serbaneka tempatan
Penyewa T20 buat perangai, tinggal ‘panty liner’ berkumpul celah katil buat housekeeper naik darah
Wanita hampir lesap RM971,580 ketika menggunakan pengangkutan awam, tertinggal ketika turun dari bas

Leave a Comment