Niat nak goreng telur buat makan lain pula jadi lepas tu terkejut wanita ni tengok telur membeku tak pecah

Niat nak goreng telur buat makan, lain pula jadi lepas tu, terkejut wanita ni tengok telur membeku tak pecah

Seperti yang kita tahu, sejak-sejak kenaikan harga telur ayam, ramai yang mula berjimat cermat. Antaranya menyimpan telur di tempat yang selamat seperti peti ais.

Itulah yang dibuat oleh @sha_8891 untuk mengelakkan daripada telur ayam yang dibelinya rosak dan berada di dalam suhu yang sesuai.

Pun begitu, menerusi video yang dimuat naik, sebaik sahaja dia mengambil telur ayam untuk digoreng, kesemua telur itu berubah menjadi beku seperti ais!

Wanita itu terkejut kemudiannya hairan apakah punca telur ayam berkenaan menjadi ‘rosak’ sebegitu. Oleh itu, dia pun mengambil keputusan untuk buang semua telur.

Susulan kejadian aneh itu, dia pun tergerak untuk memeriksa peti ais dan mendapati rupa-rupanya suhu peti ais dinaikkan ke paras paling tinggi.

Meskipun tidak didedahkan, wanita itu dapat mengenalpasti siapa yang penyebab perkara itu berlaku.

Menerjah ke ruangan komen, rata-rata terhibur melihat telur beku angkara anak-anak wanita ini. Malah, mereka turut boleh ‘relate‘ kerana pernah berada dalam situasi yang sama.

Selain itu, mereka turut mengatakan telur berkenaan masih boleh digunakan untuk memasak dan dimakan, cuma perlu cairkan sahaja terlebih dahulu pada suhu biasa.

Sumber

Baca : Tular video pencuri suruh kanak-kanak ambil telefon dalam kedai bukan miliknya, “kesian budak tu tak berdosa”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *