Orang kecut perut tengok wanita duduk atas jambatan Putrajaya ini, cara macam nak bunuh diri

Subscibe Untuk Isu-isu Viral Kemaskini Terkini Follow TERASMALAYSIA

Orang kecut perut tengok wanita duduk atas jambatan Putrajaya ini, cara macam nak bunuh diri

Tular baru-baru ini, seorang wanita dilihat berada di atas Jambatan Wawasan Presint 2, Putrajaya yang disyaki orang awam seperti mahu membunuh diri.

Ketua Polis Daerah Putrajaya, Asisten Komisioner A Asmadi Abdul Aziz berkata, difahamkan, tindakan wanita itu duduk di atas jambatan kerana mahu menenangkan perasaan ekoran keputusan mahkamah tidak berpihak kepadanya.

“Polis mengesan satu hantaran TikTok mengenai seorang wanita berada di atas jambatan dalam keadaan menangis dan mencurigakan semalam.

“Bertindak atas maklumat selepas menerima panggilan kecemasan daripada orang ramai, Unit Kereta Peronda Polis (MPV) bergerak ke lokasi dan membawa wanita berkenaan ke Balai polis Presint 7 untuk siasatan lanjut.

“Hasil siasatan mendapati wanita itu yang juga suri rumah berusia 30-an pergi ke jambatan terbabit kira-kira 11 pagi semalam,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Menurutnya, soal siasat terhadap mangsa mendapati wanita itu mengalami tekanan kerana perlu membayar sejumlah wang ekoran keputusan dibuat mahkamah.

“Siasatan juga mendapati tujuan wanita berkenaan berada di jambatan bukan berniat untuk membunuh diri sebaliknya hanya mahu menenangkan perasaan.

“Pihak keluarga wanita itu dipanggil untuk membantu siasatan dan dia sudah dirujuk ke Hospital Putrajaya untuk menerima rawatan lanjut,” katanya.

Susulan itu, A Asmadi menasihatkan orang awam supaya tidak membuat sebarang spekulasi berkaitan kejadian itu dan berhubung dengan pihak berkuasa sekiranya mempunyai sebarang masalah serta tidak mengambil tindakan melulu.

Sumber

Baca : Jurutera terlebih kreatif, untuk pertama kali dalam dunia mengeluarkan basikal bertayar petak

Leave a Comment