TerasMalaysia

Pakar dedah warga emas disarankan menyertai kumpulan marhaban bagi mengelak masalah nyanyuk

Subscibe Untuk Isu-isu Viral Kemaskini Terkini Follow TERASMALAYSIA

Pakar dedah warga emas disarankan menyertai kumpulan marhaban bagi mengelak masalah nyanyuk. “Selamat pengantin baru, kami ucapkan, dipanjangkan jodoh….” Beberapa minggu lalu, bait-bait lagu marhaban ini ‘menghantui’ pengguna media sosial terutamanya pengguna aplikasi TikTok.

Lagu marhaban ini mula jadi perhatian apabila sekumpulan warga emas sedang mendendangkan alunan marhaban ini ketika di sebuah majlis perkahwinan. Alunan lagu tersebut kemudiannya menjadi parodi pengguna TikTok.

Public Health Malaysia mendedahkan, penyertaan warga emas dalam program marhaban sangat memberikan manfaat. Oleh yang demikan, warga emas sangat disarankan untuk menyertai aktiviti sebegini.

“Menyertai kumpulan marhaban bagi golongan seusia sangat bermanfaat terutamanya bagi warga emas.

“Apabila berkumpul, ia dapat mengurangkan rasa keseorangan, kemurungan dan anxiety yang sering berlaku pada warga tua,” katanya.

Pakar dedah warga emas disarankan menyertai kumpulan marhaban bagi mengelak masalah nyanyuk

Selain itu, penyertaan dalam kumpulan ini dapat mewujudkan satu hubungan jaringan sosial yang secara tidak langsung dapat menambahkan pengalaman dan meningkatkan kesihatan diri.

“Saling berbual, berkongsi pendapat dan pengalaman dapat membantu untuk kesihatan mental yang baik.

“Geng marhaban boleh menjadi kumpulan sokongan dan mengukuhkan fungsi jaringan sosial. Aktiviti ini dapat meransang fungsi kognitif dan mencegah alzheimer (nyanyuk),” tulisnya.

BACA:
“Tengok dekat media sosial semua nampak cantik, tapi hakikatnya? Aku seorang isteri kepada suami alim”
Gadis hilang selepas persiapan majlis kahwin selesai, lari ke Thailand dengan lelaki yang tidak dikenali
Kisah seram yang berlaku disebalik lagu ‘Sephia’ dari kumpulan Sheila On 7, patut meremang kalau dengar

Leave a Comment