Pakcik Ini Tanggalkan Collar Tag Ketat Pada Anjing Buat Ramai Terharu
Kekejaman atau penderaan haiwan adalah niat oleh manusia untuk mencederakan haiwan. Walaupun dari segi moral dan etika adalah salah, insiden kekejaman haiwan semakin berkembang bilangannya setiap tahun.
Baru-baru ini, tular satu video di TikTok berkenaan aksi seorang veterinar yang berusaha untuk mencabut collar tag ketat pada seekor anjing telah mencuri perhatian ramai.
Menerusi video yang telah dimuat naik oleh @uminadzrahisahak di TikTok, dilihat seorang veterinar sedang mencabut collar tag yang berada pada leher seekor anjing bernama Kulim.
Rupa-rupanya, anjing tersebut pada asalnya merupakan anjing terbiar yang hidup di kebun tersebut sehinggakan pemilik kebun membela dan melantiknya sebagai penjaga kebun.
Kulim juga mempunyai beberapa ekor anak anjing kecil comel yang hidup bersamanya di kebun berkenaan.
Susulan tularnya video berkenaan yang kini telah meraih banyak tontonan dan komen di TikTok, rata-rata netizen turut terharu dengan tindakan baik veterinar itu.
Baca : Aksi Budak Lelaki Berumur 2 Tahun Ini Selamba Terjun Kolam Orang Dewasa Buat Netizen Kecut Perut