TerasMalaysia

Pakcik tua kumpul duit hasil mengemis dalam guni, semata-mata nak beli barang kemas untuk isteri bernilai RM1,867

Subscibe Untuk Isu-isu Viral Kemaskini Terkini Follow TERASMALAYSIA

Pakcik tua kumpul duit hasil mengemis dalam guni, semata-mata nak beli barang kemas untuk isteri bernilai RM1,867

Seorang lelaki tua terpaksa berdepan kesukaran membeli barang kemas buat isteri tercinta hanya kerana mahu membayarnya menggunakan wang tunai.

Kehadiran Januri di dua kedai emas di daerah Ketanggungan, Jawa Tengah telah ditolak oleh pemilik kerana dia mahu membayar barang kemas menggunakan wang dikumpul dalam dua karung guni yang dipikulnya.

Dia bernasib baik apabila kedai ketiga iaitu Kedai Emas Rama menyambut kehadirannya dan melayan dia dengan baik.

Menurut pemilik kedai, Henky, Januri memikul dua karung guni berisi wang kertas bercampur syiling dan memberitahu mahu membeli barang kemas buat isterinya.

“Dua karung guni itu berisi wang berjumlah 6.5 juta rupiah (RM1,867) dan kami menawarkan seutas rantai emas, sebentuk gelang tangan seberat 10 gram serta lapan gram yang memiliki nilai serupa.

“Pak cik itu sangat gembira kerana ada kedai yang menerima wangnya. Dia memberitahu bahawa dia seorang pengemis dan duit hasil mengemis disimpan untuk membeli hadiah buat isteri,” kata Rama.

Tambah Rama, kebanyakan kedai emas menolak kehadiran Januri kerana mereka lebih selesa membuat urusan jual beli secara online.

Sumber

Baca : 3 pelajar cekik rakan sampai mati lepas wang tebusan untuk beli komputer tidak ditunaikan

Leave a Comment