“Papa tak dapat bagi apa-apa” – Lelaki dakwa anak Mona Fandey kongsi detik berjumpa bapa dalam penjara

Subscibe Untuk Isu-isu Viral Kemaskini Terkini Follow TERASMALAYSIA

“Papa tak dapat bagi apa-apa” – Lelaki dakwa anak Mona Fandey kongsi detik berjumpa bapa dalam penjara

Video TikTok dimuat naik baru-baru ini meraih perhatian ramai selepas seorang lelaki yang mendakwa dirinya anak tiri Mona mendedahkan tentang pertemuan kali pertama dengan wanita itu serta suaminya, Affandi.

“Saya anak Affandi, Mona mak tiri saya. Ramai panggil saya anak setan.”

Difahamkan, wanita yang memuat naik rakaman tersebut telah membuat sesi live bersama anak lelaki arwah Affandi dan ketika itu bermacam kisah serta soal jawab dilakukan oleh mereka berdua.

Katanya, Affandi bercerai dengan ibu kandungnya ketika dia 7 bulan dalam kandungan dan hanya dimaklumkan tentang kewujudan bapanya pada usia 9 tahun.

Pada 1 November 2001 itulah kali pertama dia berjumpa dengan Affandi, kali pertama dia menyentuh dan diazankan di telinga serta diriba bapa kandungnya.

Ketika di atas riba, Affandi telah memohon maaf kerana tidak mempunyai apa-apa untuk diberikan selain turut berpesan kepadanya untuk menjaga adik-adik.

Arwah ayah saya cakap, papa tak boleh bagi apa, papa boleh bagi ni je. Dia minta buka mulut dan masukkan air liur dia ke dalam mulut saya. Saya telan, saya tergamam.”

Lelaki ini akui terkejut apabila imam Penjara Kajang memberitahu bahawa bapanya mahu dia mengecam mayat apabila sudah tiada nanti. Tambahnya lagi, dia pernah mengalami kesukaran dalam hidup termasuk dibuang kerja hanya kerana dirinya anak penjenayah.

Menurut lelaki itu lagi dia sudah terputus hubungan dengan anak-anak Affandi yang lain namun lebih menyedihkan, kehidupannya terjejas gara-gara kes jenayah melibatkan bapa dan ibu tirinya.

Sumber

Baca : Pelakon dan pelawak wanita berstatus janda bersuamikan pengkid, tular video di media sosial

Leave a Comment