TerasMalaysia

Pasangan miskin jual bayi berusia 8 bulan semata-mata nak beli iphone, siap pusing kampung ‘testing’ telefon baru

Subscibe Untuk Isu-isu Viral Kemaskini Terkini Follow TERASMALAYSIA

Pasangan miskin jual bayi berusia 8 bulan semata-mata nak beli iphone, siap pusing kampung ‘testing’ telefon baru. Semata-mata nak beli iPhone, sepasang suami isteri di India tergamak menjual bayi mereka yang berusia lapan bulan.

Apa yang mengejutkan, pasangan berkenaan yang berasal dari West Bengal, menggunakan telefon pintar tersebut untuk merakam dan menghasilkan video.

Perbuatan pasangan tersebut terbongkar selepas penduduk tempatan mengesan perubahan tingkah laku mereka.

Mana tidaknya, pasangan yang dikenali sebagai Sathi dan Jaydev sebelum ini hidup dalam serba kekurangan, namun tiba-tiba dilihat mampu menggunakan telefon mahal.

Mereka juga dilihat berjalan-jalan di sekitar kampung untuk merekod video.

Pasangan miskin jual bayi berusia 8 bulan semata-mata nak beli iphone, siap pusing kampung 'testing' telefon baru

Penduduk kampung yang curiga kemudian mendekati pasangan berkenaan dan bertanya mengenai telefon pintar itu serta keberadaan bayi mereka.

Pasangan tersebut akhirnya mengaku menjual bayi mereka.

Penduduk kampung membuat laporan polis, yang membawa kepada penahanan pasangan berkenaan.

Mereka juga mendakwa pasangan itu turut terlibat dalam penyalahgunaan dadah.

Bayi pasangan itu akhirnya berjaya ditemui, di mana dia dijual kepada seorang wanita di Khardah.

Menurut laporan media tempatan, siasatan masih diteruskan, dengan pihak berkuasa meneliti kes itu dari semua sudut.

BACA:
Isteri terkejut dapat jemputan kahwin di Facebook, nekad serang minta nafkah lepas suami ‘hilang’ 3 tahun
Gara-gara makan waktu dan duit yang banyak, salah satu mangsa PU Azman tarik laporan kes
“Jenuh aku kerah tenaga kerja beli makanan untuk anak-anak, tapi suami aku buat benda yang kami semua sedih”

Leave a Comment