Patut dah lama tak nampak teksi, rupanya Grab dah beli dan ambil alih syarikat dengan harga RM344 juta. Syarikat pengangkutan gergasi Grab dilaporkan telah mengambil alih Trans-Cab, pengendali teksi ketiga terbesar Singapura. Nilai perolehan dianggarkan berjumlah US$ 100 juta atau sekitar RM344.8 juta.
Menurut sumber Straits Times, pengambilalihan ini akan melibatkan pengurusan sekitar 2,200 unit teksi dan lebih 300 kenderaan sewa persendirian.
Straits Times turut menyatakan bahawa rundingan itu telah berjalan selama dua bulan dan dijadualkan selesai minggu ini. Difahamkan bahawa Grab dan Trans-Cab enggan mengulas mengenai perjanjian itu ketika dihubungi oleh Straits Times.
Menurut kenyataan terbaru yang disiarkan oleh Pihak Berkuasa Perakaunan dan Kawal Selia Korporat, Trans-Cab Holdings mempunyai jumlah ekuiti sebanyak US$ 62.7 juta pada akhir 2020.
Pada 2021, ia melaporkan kira-kira US$ 8.7 juta dalam keuntungan bersih dan AS$ 81.1 juta dalam hasil. Syarikat itu mempunyai wang tunai dan bersamaan dengan AS$ 7.6 juta pada akhir 2021.
Pemerhati berkata, perolehan Trans-Cab menandakan satu lagi tamparan kepada industri teksi, yang sebelum ini dilaporkan suram sejak industri penyewaan swasta dibenarkan memasuki sektor pengangkutan sejak 2013.