”Patut rasa lembut macam buah”, wanita terkejut kunyah ulat sagu masa makan bubur lambuk
Nasib malang menimpa seorang wanita yang mahu menikmati bubur lambuk apabila sesuatu yang tidak disangka-sangka ditemui di dalam hidangan tersebut.
“Dah masuk mulut ingat buah pelaga. Nak nangis,” katanya ringkas.
Menerusi satu foto yang dimuat naik di Facebook Masak Apa Tak Jadi Hari Ni Official, jelas kelihatan objek disangka buah pelaga itu menyerupai seekor ulat sagu yang besar.
Wanita itu bagaimanapun tidak menyatakan lokasi dia membeli bubur lambuk itu.
Namun, netizen terkejut dengan penemuan tersebut dengan memberi pelbagai reaksi dan pandangan.
“Macam ulat sagu. Penyedap makanan.
“Aku percaya selepas ini pemilik ni trauma nak makan bubur lambuk,” – netizen