TerasMalaysia

Patutlah boleh masuk Malaysia Book of Records, ini cara Bulan Bintang buat, Cecah RM2 juta modal

Subscibe Untuk Isu-isu Viral Kemaskini Terkini Follow TERASMALAYSIA

Patutlah boleh masuk Malaysia Book of Records, ini cara Bulan Bintang buat, Cecah RM2 juta modal

Luar biasa! Itu yang boleh digambarkan tentang acara Bulan Bintang Takes The Sky yang berlangsung meriah di perkarangan Menara Kuala Lumpur pada Sabtu malam.

Tak cukup dengan pertunjukan fesyen, himpunan bintang-bintang tersohor tanah air, jenama pakaian lokal Bulan Bintang yang mencipta fenomenanya sejak tahun lalu itu juga berjaya membawa teknologi menerusi project mapping dan dron dalam dimensi berbeza.

@remaja.my

MEMANG WOW! ✨💜💫 Sempena pertunjukan fesyen Raya2023, #BulanBintang mencipta rekod di Menara KL apabila menjadi satu-satunya jenama lokal Malaysia yang mempertontonkan pertunjukan dron terbanyak sehingga berjaya tersenarai di Malaysia Book of Records. Formasi dron yang diterbangkan juga membawa satu kisah perjalanan Bulan Bintang sejak dari mula jenama ini bertapak. Tak sia-sia Azzim belanjakan RM2 juta untuk bawa team dari United Kingdom bagi persembahan dron ini. #majalahremaja

#remajanews #bulanbintanghq #bulanbintang2023 #fyp #fypage #fypシ゚viral

♬ original sound – Remaja – Remaja

Hal yang jarang-jarang berlaku dalam pertunjukan fesyen, Bulan Bintang berhabis RM2 juta demi menjayakan acara mereka.

Pengasas Bulan Bintang, Azzim Zahid Azmi seharusnya berbangga, gimik menerbangkan dron terbanyak dalam pelbagai formasi dalam tempoh 10 minit itu telah tersenarai di Malaysia Book of Records.

“Kami mahu melakukan kelainan yang tidak pernah dibuat dalam sebarang pertunjukan fesyen. Formasi dron ini dibawa khas dari United Kingdom. Dan saya mendapat inspirasi selepas melihat sendiri kehebatan formasi dron ini ketika bercuti ke Disneyland Paris.

“Apa yang dapat saya simpulkan, kos untuk formasi ini sendiri menelan belanja 80 peratus daripada kos keseluruhan iaitu RM2 juta,” katanya kepada Gempak.

Pertunjukan fesyen ‘Bulan Bintang Takes The Sky’ ini juga turut menampilkan barisan duta terkemuka untuk tahun ini seperti Shukri Yahaya, Sharnaaz Ahmad, Nadhir Nasar, Beto Kusyairy, Hannah Delisha dan Daiyan Trisha selain daripada persembahan istimewa daripada artis-artis tanah air seperti Dolla, Ernie Zakri dan Syamel.

Pemilihan keenam-enam selebriti terkenal tanah air itu bertepatan dengan demografik pelanggan setia Bulan Bintang dan koleksi baharu Bulan Bintang Sister yang diperkenalkan sejak tahun lalu.

“Pada tahun ini kami memilih barisan selebriti yang memberi pengaruh kepada masyarakat Malaysia secara keseluruhannya. Kami ada duta di setiap peringkat umur dan berharap Bulan Bintang dapat memberi impak hebat pada tahun ini,” katanya.

Menampilkan koleksi Raya Ready To Wear (RTW) sedondon seisi keluarga yang terdiri daripada 68 rekaan dan 326 pilihan warna eksklusif, Bulan Bintang meletakkan sasaran 1 juta unit terjual sebelum Syawal menjelang.

Didatangkan dengan pelbagai pilihan saiz dari umur 0-1 tahun sehingga 5XL bagi golongan plus size, koleksi Bulan Bintang ini semestinya boleh digayakan oleh semua.

@remaja.my

HELOKKK semua bila berbaju Melayu & Kurta sebenar, yang tak pelik-pelik. 😍😍 #NadhirNasar #MierulAiman #imranbard #AzfarHeri untuk BulanBintangHQ. 🔥#majalahremaja #remajanews #bulanbintang #bulanbintang2023 #raya2023 #raya #projekhighcounciledit

♬ Raya Raya Raya – DOLLA

“Ini merupakan tahun kedua kami memperkenalkan rekaan baju wanita dan saya cukup teruja kerana rekaan tahun ini lebih bervariasi kerana kami punya pereka fesyen sendiri. Dan sudah semestinya rekaan kali ini lebih baik daripada tahun sebelumnya.

“Dan kami lakukan penambahbaikan pada tahun ini dengan tidak meletakkan jenama Bulan Bintang pada baju namun meletakkannya pada butang baju Melayu. Malah zip pada bahagian lengan dibuat bagi memudahkan pemakai mengambil wuduk.

“Untuk tahun lepas, kami peroleh hampir RM30 juta untuk jualan hari raya. Dan untuk tahun ini kami sasarkan 400 peratus peningkatan dengan jualan 1 juta unit baju. Jualan akan bermula pada hari ini (18 Februari) dan saya jangkakan baju akan habis terjual sekurang-kurangnya seminggu sebelum raya,” ujarnya.

Bulan Bintang mempunyai sebanyak 1 juta helai koleksi baju raya yang boleh beli bermula 18 Februari 2023 di laman sesawang Bulan Bintang juga pembelian secara fizikal dengan mengunjungi butik Bulan Bintang di cawangan Bangi, Shah Alam, Ukay Boulevard, Johor Bahru, Kubang Kerian dan Senawang.

Sumber

Baca : Kecoh satu taman! Orang yang tak bertanggungjawab buang al-quran dalam longkang

Leave a Comment