TerasMalaysia

Patutlah kalau simpan buku lama-lama jadi kuning, ini punca sebenar sampai berbelit lidah nak sebut bahasa saintifik dia

Subscibe Untuk Isu-isu Viral Kemaskini Terkini Follow TERASMALAYSIA

Patutlah kalau simpan buku lama-lama jadi kuning, ini punca sebenar sampai berbelit lidah nak sebut bahasa saintifik dia. Sehingga kini, bahan bercetak seperti buku, majalah, dokumen penting keratan akhbar masih digunakan walaupun dalam era teknologi.

Ia kebiasaanya menjadi bahan ilmiah dan disimpan dalam keadaan baik sebagai rujukan pada masa akan datang.

Namun, pernahkah anda terfikir mengapa bahan bercetak ini khususnya muka suratnya bertukar warna dari putih kepada kuning apabila disimpan jangka masa yang lama?

Pastinya, perkara ini telah lama bermain di fikiran anda bukan?

Sehubungan itu, mari kita merungkai misteri disebalik pertukaran warna halaman buku itu.

Patutlah kalau simpan buku lama-lama jadi kuning, ini punca sebenar sampai berbelit lidah nak sebut bahasa saintifik dia

Kenapa Muka Surat Buku Bertukar Warna Kuning Selepas Tempoh Yang Lama

Secara umumnya, perubahan warna buku adalah disebabkan faktor persekitaran. Ia boleh berlaku daripada cara penyimpanan dan kandungan bahan kimia yang terdapat di dalam kertas. Antara proses berlaku dikenali sebagai Foxing dan Sunning serta pengoksidaan.

Pada buku lama, kita sering menjumpai kesan seperti bintik-bintik kekuningan dan tompokan pada kertas.

Dalam kes ini, ia dikenali sebagai Foxing. Ia berlaku akibat daripada buku yang terdedah pada tahap kelembapan tertentu hingga menyebabkan kulat atau cendawan mula membiak. Foxing berasal dari istilah Latin yang bermaksud berkarat atau Ferric oxide.

Ia menjelaskan mengenai tompok berwarna seperti karat yang kebanyakannya ditemui pada kertas dan fabrik lama.

Manakala Sunning pula menggambarkan proses ‘pudar’ yang berlaku pada buku selepas terdedah kepada cahaya. Proses ini bukan sahaja berlaku terhadap cahaya matahari namun semua bentuk

Hal ini kerana cahaya boleh menyebabkan komponen kertas seperti lignin menjadi rosak.

Proses Perubahan Warna Kertas

Menurut seorang profesor kimia di University of South Carolina, Susan Richardson memberitahu Live Science, buku yang terdedah kepada oksigen mudah bertukar warna.

Kebanyakan kertas kebiasaannya diperbuat daripada kayu yang sebahagian besar terdiri daripada selulosa dan komponen kayu semula jadi yang dipanggil lignin.

Selulosa merupakan bahan yang tidak berwarna dan komponen yang baik untuk memantulkan cahaya atau dalam bahasa lain warna putih. Manakala lignin pula komponen kayu yang berfungsi menjadikan kayu keras dan kuat.

Bagi lignin, sekiranya ia terdedah kepada cahaya dan udara di sekeliling, struktur molekulnya akan berubah. Hal ini kerana lignin merupakan polimer dan terdiri daripada kumpulan unit molekul yang diikat bersama.

“Dalam lignin, unit yang berulang adalah alkohol yang terdiri daripada oksigen dan hidrogen dengan gumpulan atom karbon,” kata Richardson.

Walau bagaimanpun, sebahagian struktur polimer lignin dan selulosa boleh berubah apabila ia terdedah kepada proses pengoksidaan kerana ia mudah untuk mengambil molekul tambahan oksigen.

Molekul oksigen yang bercampur lignin akan memecahkan ikatan subunit alkohol. Secara tidak langsung ia membentuk molekul yang dipanggil kromofor.

Kromofor atau Chromophores merupakan perkataan dari Yunani yang bermaksud ‘pembawa warna’.

Dalam kes pengoksidaan lignin, gelombang cahaya yang dipancarkan menyebabkan perubahan warna kuning atau coklat pada kulit atau muka surat buku.

Proses pengoksidaan juga dapat dilihat berlaku pada buah epal yang telah dihiris. Apabila ia ditinggalkan, oksigen di ruang udara memasuki tisu buah epal enzim yang dipanggil polifenol oksidase (PPO).

Proses ini menghasilkan bahan kimia yang dipanggil o-kuinon yang kemudiannya menghasilkan melanin berwarna perang yang muncul pada permukaan buah epal tadi.

Bagi memastikan kertas kekal putih dalam tempoh yang lama, pengeluar kertas akan cuba mengeluarkan lignin yang terdapat pada kertas dengan proses pelunturan.

Menurut Richardson lagi, semakin banyak lignin yang dikeluarkan, semakin lama kertas akan kekal putih.

“Bagi surat khabar, ia lebih cepat bertukar kepada warna kuning atau coklat daripada kertas lain. Perkara ini berlaku kerana di dalamnya mengandungi lignin yang jauh lebih banyak berbanding halaman teks lain,” katanya lagi.

Secara teorinya, buku mampu bertahan dalam tempoh lama dengan syarat oksigen dana cahaya ‘dikunci’.

“Oksigen merupakan musuh. Jadi simpan buku di dalam kotak atau bekas yang tertutup. Gantikan oksigen kepada gas nitrogen, argon atau gas lengai. Ia bagi mengurangkan tindak balas kimia yang berlaku.

“Cahaya matahari dan tahap kelembapan yang tinggi juga memberikan kesan buruk pada penjagaan kualiti kertas.

“Ia mempercepatkan proses pengoksidaan,” jelasnya.

BACA:
Titik merah dan kuning pada tayar mempunyai maksud dan fungsi yang ramai tak tahu
Lelaki usung kembar dalam perut selama 36 tahun
Meremang bulu roma tengok, wanita dapat duit kertas tertulis ayat-ayat mantera diatasnya

Leave a Comment