TerasMalaysia

Pecah Amanah! Bekas Pengarah Syarikat Mengaku Bersalah

Subscibe Untuk Isu-isu Viral Kemaskini Terkini Follow TERASMALAYSIA

Pecah Amanah! Bekas Pengarah Syarikat Mengaku Bersalah

Di atas tuduhan pecah amanah melibatkan wang syarikat RM168,740 pada 2019 lalu, seorang bekas pengarah sebuah syarikat pelancongan dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Kuantan.

Tertuduh, Mohd Nizam Noh, 49, mengaku bersalah atas tuduhan yang dikemukakan Timbalan Pendakwa Raya, Haryati Abdullah di hadapan Hakim Datuk Ahmad Zamzani Mohd Zain.

Berdasarkan kertas pertuduhan, tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu di Masjid Saidina Hamzah, Kampung Padang, Jalan Sungai Lembing di sini antara 29 Mac hingga 5 November 2019.

Sebagai pengarah syarikat, tertuduh telah diamanahkan wang tunai di dalam akaun sebuah bank milik syarikat, namun dengan curang melakukan pecah amanah jenayah terhadap wang berjumlah RM168,740 itu.

Gambar Hiasan

Bagi kesalahan itu, tertuduh didakwa di bawah Seksyen 409 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara tidak kurang dua tahun dan tidak lebih 20 tahun serta sebatan dan denda.

Pada prosiding kes itu tertuduh tidak diwakili peguam.

Ahmad Zamzani menetapkan 31 Januari depan sebagai tarikh sebutan fakta kes dan hukuman terhadap tertuduh.

Bas Dua Tingkat Masuk Parit

Leave a Comment