TerasMalaysia

Pegawai kerajaan sanggup pam keluar air empangan untuk ambil telefon berharga RM5000 miliknya

Subscibe Untuk Isu-isu Viral Kemaskini Terkini Follow TERASMALAYSIA

Pegawai kerajaan sanggup pam keluar air empangan untuk ambil telefon berharga RM5000 miliknya. SEORANG pegawai kerajaan di negeri Chhattisgarh bertindak ‘di luar kotak’ apabila mengarahkan air sebuah empangan dialir keluar bagi mendapatkan semula telefon bimbitnya yang terjatuh ketika dia merakam swafoto.

Rajesh Vishwas ketika itu sedang berjalan-jalan di Empangan Kherkatta sambil mengambil gambar.

Tanpa diduga, telefon bimbitnya berharga sekitar 99,077 rupee (RM5,521) terjatuh ke dalam empangan berkenaan yang berkedalaman 15 kaki.

Menurut laporan, Rajesh menggunakan dua pam diesel 30hp selama tiga hari berturut-turut untuk mengalirkan dua juta liter air empangan berkenaan bagi mendapatkan telefon bimbitnya.

Telefon bimbit itu berjaya ditemui semula selepas tiga hari namun ia gagal berfungsi.

Pegawai kerajaan sanggup pam keluar air empangan untuk ambil telefon berharga RM5000 miliknya

Rajesh berkata dia sudah memaklumkan mengenai tindakannya kepada pihak atasan dan mendapat kebenaran berbuat demikian.

Dilaporkan, dia terpaksa mendapatkan telefon bimbit itu semula kerana peranti itu menyimpan data rasmi jabatannya.

Rajesh digantung kerja sehingga siasatan mengenai perkara itu selesai.

BACA:
Wanita sanggup tipu kawan sendiri semata-mata nak pergi konsert k-pop, lesap RM10,000
Banduan Malaysia memiliki 8 jenis warna baju, setiap satu mempunyai maksud dan peringkat yang berbeza
Hukum jilat kemaluan pasangan, ramai terkejut dengan penjelasan Ulama ini

Leave a Comment