TerasMalaysia

Pekerja Asing Terima Gaji RM 5.5k Sebulan, Hantar RM 5.2k Ke Kampung Selama 19 Tahun Kerja

Subscibe Untuk Isu-isu Viral Kemaskini Terkini Follow TERASMALAYSIA

Menyimpan atau membuat tabungan merupakan satu perkara yang sangat penting dalam pengurusan kewangan individu. Dengan simpanan yang ada, ia dapat membantu kita untuk mengatasi detik-detik sukar serta membeli aset-aset seperti rumah, kereta, tanah dan sebagainya.

Berdasarkan sebuah video Popchek906  di laman TikTok, dia mendedahkan bahawa seorang pekerja asing mampu meraih pendapatan sehingga RM 5.5k sebulan

Pada awal video, seorang lelaki telah menyapa seorang pekerja warga Bangladesh yang dipercayai sedang berehat sambil menyunyah timun.

Pengguna tiktok itu kemudian bertanya kepada pekerja asing tersebut sama ada sebatang timun sudah memadai untuk mengisi perutnya dan pekerja tersebut mengiyakan soalan tersebut.

Kredit: TikTok

Seterusnya, lelaki itu menanyakan beberapa soalan kepada lelaki berkenaan seperti berapa hasil pendapatannya dan berapa banyak wang yang diperolehnya dihantar pulang ke kampung setiap bulan.

Pendedahan yang sangat mengejutkan

Namun, apa yang mengejutkan apabila pekerja tersebut mendedahkan bahawa hasil pendapatan bulananya adalah RM5.5k  dan menghantar RM5.2k ke kampung halamannya setiap bulan. Katanya lagi, dia hanya menggunakan sekitar RM 300 sebagai perbelanjaan bulanannya disini.

”Dekat Malaysia, rasa tak berapa nak pakai duit sangat, hantar ke kampung halaman lagi syok,” katanya.

Namun begitu, jumlah perbelanjaan RM300 juga kelihatan agak logik disebabkan tempat penginapan dan bil utiliti perkerja asing tersebut ditanggung sepenuhnya oleh pihak majikan.

Difahamkan, warga asing tersebut sudah berkerja di Malaysia hampir 19 tahun. Tidak dapat dipastikan sejak bila dia mula menikmati tangga gaji yang begitu tinggi tersebut. Bagaimanapun, tidak dapat dinafikan warga asing yang mencari rezeki di bumi bertuah ini memang sangat dikenali dengan kerja kuat mereka.

https://www.tiktok.com/@pokchek906/video/7171732833684245787

Leave a Comment